berita

Francissca Peter Lali Kecaman Kena Ejek Gemuk, Puji Liza Hanim Berani Bersuara & Lawan Semula

September 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi Liza Hanim akui terkilan dengan komen seorang pengguna media sosial yang mengutuk rupa parasnya serta mempertikaikan kualiti suara yang dimiliki.

Artikel Berkaitan: Liza Hanim Dikutuk Muka Berlubang & Hidung Kembang – ‘Tergamak Komen Begini, Tak Bertimbang Rasa’

Artikel Berkaitan: GV10: Jihan Kembali Bergabung Dengan Nabil & Elly Mazlein! Ezad Lazim, Zamani Antara 6 Peserta ‘Hot Seat’

Artikel Berkaitan: ‘Kena Sesuai Dengan Usia’ – Liza Hanim Syukur Masih Mampu Bernyanyi

Berikutan daripada isu tersebut, penyanyi Datuk Francissca Peter memberitahu dia tidak terkecuali menerima kritikan sedemikian berhubung fizikalnya yang diejek gemuk sepanjang 43 tahun berada di dalam industri seni.

Terima kritikan sejak awal lagi

Pelantun suara ‘Sekadar Di Pinggiran’ ini mendedahkan, dia sering menerima kritikan gemuk sejak awal pembabitannya dalam dunia nyanyian.

Tambah Francissca, dia bersetuju apabila Liza memilih untuk bersuara kerana setiap orang mempunyai hak berbuat demikian.

Bukan sahaja Liza, malah ada beberapa artis juga pernah terkena. Mengapa tidak kita wujudkan akta untuk boleh kejar individu yang suka melakukan perkara sedemikian? Jujurnya, saya selalu menerima kritikan. Misalnya, ada bertanya mengapa saya gemuk. Ada yang mengata saya gemuk sejak 1985 lagi.

Kadang-kadang manusia ini terlalu berani mengata di hadapan kita, tetapi itulah realiti sebenar yang berlaku. Tetapi, saya tidak sedih sebab dalam hati sentiasa ketawa bila menerima kritikan gemuk. Bagi saya, ia sama sahaja gembira atau tidak, begitu juga anda. Anda semestinya tidak gembira bila ada yang mengata perkara yang tidak menggembirakan.

Menerusi laporan BH Online, Fran turut mengaku sudah lali dengan kecaman dan hanya tertawa apabila fizikalnya terus menjadi bahan ejekan.

Itu cara saya kendali kritikan sebab kita tidak boleh ambil perkara ini serius, lebih lagi sekarang zaman ramai yang mudah sensitif, suka menghentam dan sebagainya.

Jika tak boleh terima, anda boleh lawan dan saya percaya bersuara adalah perkara terbaik boleh lakukan. Jadi, ia adalah satu perkara bagus bila Liza melawan semula.

Sumber: BH Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×