Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi dan aktivis terkenal iaitu Heliza Helmi telah menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Pasangan ini diijabkabulkan pada 1 Januari 2022 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Heliza Helmi Sah Bergelar Isteri Kepada Usahawan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Niat Heliza Untuk Sentiasa Dekatkan Diri Dengan Allah Berjaya Buat Suami Terpikat – ‘I’ll Be Loving You, Loving You’
‘Dalam perjalanan mencari syurga cinta’
Penyanyi yang berusia 36 tahun ini ada berkongsi ‘teaser’ muzik video lagu terbarunya di Instagram petang semalam. Menerusi kapsyen yang ditulis, Heliza Helmi atau lebih mesra dengan panggilan Kakja mengakui dia juga seakan masih belum percaya ‘status’ dengan dirinya sekarang yang sudah bergelar isteri orang.
Dalam perjalanan mencari syurga cinta, kerana Allah akhirnya. Korang percaya tak? Kak Ja macam tak percaya lagi ni.
Difahamkan, muzik video lagu berjudul ‘Dilamarmu’ nyanyian Heliza Helmi telah dimuat naik di akaun Youtube, The Helmis malam semalam. Tetapi apa yang menarik perhatian adalah mengenai pembikinan muzik video tersebut. Heliza Helmi mengambil pendekatan dengan mengabadikan momen hari pernikahannya bersama suami ke dalam kandungan muzik video ‘Dilamarmu’. Kata-kata mutiara yang disampaikan Heliza sangat romantis dan menyentuh hati para penonton.
Sementara itu, menerusi perkongsian adik Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi mendedahkan bahawa lagu tersebut sebenarnya diciptakan sendiri oleh Heliza buat bakal jodohnya. Tetapi apa yang mengejutkan pada ketika itu, Heliza juga masih belum tahu siapakah jodohnya.
Buat lagu dulu. Jodoh kemudian. Tu namanya jodoh rahsia Allah. Waktu ni memang tak tahu siapa jodoh yang sebenarnya untuk Kakja. Tapi Allah gerakkan hati Kakja untuk buat je dulu lagu ni.
Respon netizen
Tak dinafikan, usaha Heliza Helmi membuahkan hasil apabila rata-rata netizen terpukau melihat MV yang telah siap dihasilkan itu. Mereka turut memuji bait lirik lagu ‘Dilamarmu’ dan kelunakan suara Heliza Helmi. Sementara itu, netizen mengucapkan tahniah kepada Heliza atas perkahwinan yang dibina dan mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga. Setakat artikel ditulis, video yang dikongsikan Heliza di Youtube telah menerima hampir 10k tontonan.
‘Dilamarmu’
Sumber: The Helmis, Hazwani Helmi