Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib baru-baru ini meraikan ulang tahun kelahiran isterinya, Watie Hanifah yang ke-37 tahun.
Artikel Berkaitan: Shuib Hadir Ke Mahkamah, Watie Puasa Sunat – ‘Nak Minta Allah Permudahkan Urusan Suami Saya’
Artikel Berkaitan: Shuib, Watie Sedia Timang Anak – ‘Saya Rasa Ini Waktu Yang Sesuai’
Keikhlasan Watie
@shuibsepahtu Assalammualaikum,Selamat menyambut hari kelahiran buat kesayangan Daddy.Bila tiba tarikh 2 Feb,itulah dia tarikh keramat yang akan daddy ingat smpi bila2. 2 Feb 2022,itulah hari Mummy mula pakai tudung atas permintaan Daddy walaupon masa tu kita baru berkawan. Bila mummy boleh ikut cakap daddy dan tak membantah,di situlah daddy tau yang mummy adalah sangat “sesuatu”.Walaupon bila mana I decide utk memilih U ramai yang tak suka dan membantah,tp I tau Allah takkan hadirkan seseorang itu dgn sia2.Allah yang lebih Maha tahu dgn setiap kejadian.U datang membawa sinar kebahagian baru dalam hidup I disaat i hilang mencari diri sendiri.Nampak keikhlasan U memberi kasih sayang pada anak2 sehinggakan anak terlalu selesa dan rasa bahagia bila bersama U Mummy. Mungkin dulu orang berkata yang U bersama dgn I sbb i ada itu dan ini,tapi hakikatnya skrg bila mana i ditimpa masalah itu dan ini,U lah orang yang sanggup berkorban apa saja untuk daddy.U lah orang yang sediakan berapa saja yg perlu utk ikat jamin daddy di mahkamah.Beri apa saja yg U ada utk selesaikan segala masalah yg daddy sedang hadap. Terima kasih sayang. Pernah kita borak2 bodoh “ Kalau boleh jangan la U pergi dulu mcmana Sarah tinggal kan i,sakit sangat2. Kali ni biarlah I yang pergi dulu,i tak sanggup ?” i tak tau klu i hilang U adakah i boleh jumpa orang sebaik U. Tapi semua pon Allah telah tetap kan,dan aturkan utk kita.Kita hanya menikmati apa yang bakal Allah sajikan. Jarangkan daddy nak tulis caption panjang2,tapi harini hari istimewa U,Jadi daddy coretkan sesuatu U baca smbil tersenyum ? Di hari baik,hari kelahiran Mummy,daddy doakan Fati Nikmatul Adawiyah Bt Hanifiah,Semoga terus menjadi Isteri yang baik,Mummy yang baik kepada anak2,di rahmati dunia dan akhirat. I LOVE U MUMMY ?? @Watie Hanifiah Mmmmm bila Ayash boleh dapat adik?
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, telah membuat kejutan istimewa untuk isteri tercinta.
Paling menarik perhatian adalah coretan Shuib yang ditulis di bahagian kapsyen hantaran berkenaan.
Bila tiba tarikh 2 Februari, itulah tarikh keramat yang akan saya ingat sampai bila-bila, di mana awak mula pakai tudung atas permintaan saya walaupun masa tu kita baru berkawan.
Bila awak boleh ikut cakap saya dan tak membantah, di situlah saya tahu yang awak adalah sangat ‘sesuatu’.
Menurut pelawak berusia 40 tahun itu, kehadiran Watie di dalam kehidupannya disifatkan seperti cahaya yang menerangi kegelapan.
Walaupun ketika saya memilih awak, ramai yang tak suka dan membantah, tetapi saya tahu Allah takkan hadirkan seseorang itu dengan sia-sia. Allah yang lebih maha tahu dengan setiap kejadian.
Awak datang membawa sinar kebahagian baru dalam hidup saya disaat saya hilang mencari diri sendiri.
Nampak keikhlasan awak memberi kasih sayang pada anak-anak sehingga mereka terlalu selesa dan rasa bahagia bila bersama awak.
Pengorbanan isteri
Dalam masa yang sama, bapa kepada empat orang anak tersebut menyatakan bahawa dia tidak akan pernah lupa jasa dan pengorbanan Watie sepanjang bergelar isterinya.
Mungkin dulu orang berkata yang awak bersama dengan saya sebab saya ada itu dan ini, tetapi hakikatnya sekarang bila saya ditimpa masalah, awaklah orang yang sanggup berkorban apa saja untuk saya.
Awaklah orang yang sediakan berapa saja yang diperlukan untuk ikat jamin saya di mahkamah. Beri apa saja yang awak ada untuk selesaikan segala masalah yang saya sedang hadap.
Terima kasih sayang.
Di akhir coretannya, Shuib berharap agar Watie terus mendampinginya sebagai isteri dan ibu yang terbaik.
Pernah kita borak-borak, kalau boleh janganlah awak pergi dahulu macam mana Sarah tinggalkan saya, sakit sangat.
Kali ni biarlah saya yang pergi duhulu, saya tak sanggup. Saya tak tahu kalau saya hilang awak adakah saya boleh jumpa orang sebaik awak. Tapi semua Allah telah tetapkan dan aturkan untuk kita. Kita hanya menikmati apa yang bakal Allah sajikan.
Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shuib kemudian mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.
Sumber: TikTok Shuib