Di TikTok, penyanyi Sharul Kamal tampil meredakan situasi tegang dalam kalangan netizen selepas dirinya turut terpalit dengan kisah rumah tangga di antara pelakon Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada Mat Shukri.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Jantan Tak Guna, Ibarat Macam Hang Pukul Mak’ – Caprice
Artikel berkaitan: ‘Shuhada Ditumbuk Sebanyak Tiga Kali Pada Bahagian Muka’ – Ahli Keluarga
Artikel berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Masuk Hospital, Mohon Maaf Tak Dapat Beri Kerjasama
Wajah dikatakan sama
Menurut Sharul, sebelum ini dirinya kerap dipanggil sebagai Hafidz Roshdi kerana wajah mereka dikatakan hampir sama. Berikutan daripada itu, Shahrul telah memuat naik semula videonya bersama Hafidz di TikTok.
Nampak sahaja sama tapi bukan dia. Semalam dekat R&R tapah, ada sorang akak ni ingat aku Hafidz Roshdi. Nah video ni untuk anda yang selalu salah orang.
Menerusi video tersebut juga, Hafidz dilihat sempat memberi pesanan kepada Sharul agar tidak membuat perkara yang tidak elok bagi mengelakkan sebarang kontroversi berlaku.
Saya pelakon, dia penyanyi. Jangan nak samakan. Kalau nak samakan pastikan benda baik, benda-benda buruk jangan samakan. Kau jangan buat hal, aku pun tak boleh buat hal juga. Bahaya.
Video
@sharulkamal_ Semalam dekat R&R tapah, ada sorang akak ni ingat aku Hafidz Roshdi. Nah video ni untuk anda yang selalu salah orang. #sharulkamal
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati terhadap Sharul kerana turut terkena tempias mengenai kontroversi yang berlaku sejak belakangan ini.
Sumber: Sharul Kamal