Sebelum ini, viral di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan meluahkan rasa rindu kepada si bapa setelah lebih 5 bulan tidak berjumpa kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, kerinduan anak kecil ini akhirnya terubat selepas si bapa dibenarkan pulang ke rumah untuk berjumpa keluarga.
Artikel Berkaitan:[VIDEO] ‘Kakak Nak Daddy Balik, Dah 5 Bulan Tak Jumpa’ – Tangisan Anak, Ayah Terkandas PKP
Terbaru, Ain Nasuha Safie memuatnaik satu video di Facebook memaparkan reaksi Arissa Arianna dan adiknya apabila melihat daddy kesayangan mereka sudah berada di rumah. Mereka sekeluarga juga sempat meluangkan masa selama 3 hari dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama.
5 bulan lebih tak jumpa daddy
Hai semua, masih ingat kakak Arissa Arianna yang dah 5 bulan lebih tak dapat jumpa dady dia sebab PKP tu. Berkat doa semua kakak dah dapat jumpa dady dia. Thank you semua, ramai sangat dm pm minta video nak tengok reaksi anak-anak jumpa dady. Sorry tak dapat nak reply sebab masa tak mengizinkan. Haa ni kak ai share sekali dengan details.
Alhamdulillah lepas je 2 country dah umumkan boleh pulang dari Singapore, Ayol dah apply awal-awal tarikh nak balik under PCA. Dia dapat balik batch ke 2, nak balik ni kena ikut batch by batch. So tarikh Ayol dapat balik (saturday 5 september 2020 , iaitu besok. Yes sepatutnye esok lah dady baru balik. Company tempat kerja Ayol cuma bagi balik 7 hari sahaja. Keluar je kastam kena balik rumah terus, kos nak balik pening la jugak, untuk kuarantin je kena $800 ( Rm2400 ) swabs test rm200. Duit dady letak tepi, asalkan dia nak balik juga jumpe anak-anak. So kami pun sedia la menanti kepulangan dady tak lama lagi.
Tunggu lagi 3 bulan
Tuesday ( 1 september 2020 ) Ayol tengah kerja time tu, tiba-tiba manager dia call bagi tahu yang HR Ayol salah letak tarikh, sepatutnya Ayol bukan batch ke 2, dia dan kawan sebilik dia batch first, tarikh balik 29 august 2020. Ah sudah, kacau dah dekat sini huhuhu. Manager dah pergi fight kt MOM pun tak lepas sebab memang ade limit kan so nak tak nak Ayol and his friend ada masa 3 day only ! yes ade masa 3 hari je untuk balik, hari selasa tu terus terminates duty dan lari balik hotel kemas-kemas barang untuk balik JB.
Frust la juga kan dah la lama tak jumpa even 7 hari dapat jumpa pun dah rasa masa tu sangat singkat, apa lagi 3 hari je. Tapi tak apa, kami bersyukur juga sebab dapat juga jumpa tau. Ada yang lain belum dapat-dapat jumpa lagi. Alhamdulillah ada hikmah semua ni. Jadinya manager minta maaf dekat Ayol and kawan dia, dia tanggung semua kos kuarantin, bagi balik JB 3 hari dan kuarantin 7 hari dekat Sg kos semua company tanggung and then annual leave pun manager tak tolak. 10 hari tak kerja gaji tetap jalan tanda minta maaf dari manager so balik nanti Ayol kena apply sekali lagi untuk balik semula. Tunggu lah 3 bulan lagi baru boleh balik JB.
Aktiviti 3 hari bersama daddy
Jadi ni lah aktiviti kami selama 3 hari tu. Sehari duduk rumah je, selagi tak dapat email result dari KKM tak boleh keluar pergi mana-mana pun. dah dapat result negative terus pergi bandar potong gelang dekat sana and terus jalan-jalan dalam JB je. ‘Orang tanya tak bahaya ke balik rumah terus peluk anakm jangan risau Ayol dan kawan dia dah swab test awal-awal dekat Singapore memang negatif, alhamdulillah dekat Malaysia pun negatif.
Masa singkat sangat anak-anak baru nak happy. Last skali adehhh dia buat hal lagi dah, sekarang bukan akak sorang je melalak, dengan adik sekali join dia dah faham jugak. Huwaa, sabar lah anak-anak , ini ujian dugaan buat kita semua. Inshallah ade hikmahnya.
Semoga yang belum jumpa keluarga dapat jumpa semula dan semoga cepat-cepat virus ni hapus, aaminallahumaamin. Terima kasih semua mendoakan kami , Alhamdulillah berkat doa kawan-kawan semua, termakbul juga permintaan kakak Arissa nak jumpa dady dia. Terima kasih banyak-banyak.
Sumber: Ain Nasuha Safie