Semenjak Covid-19 melanda negara Malaysia 2 tahun yang lepas, ramai pasangan terpaksa menangguhkan hasrat mengadakan sebarang majlis keraian. Malah, ada yang mengambil keputusan ‘melupakan’ terus majlis kahwin tersebut.
Terbaru viral satu video yang memaparkan pengantin perempuan sempat menguruskan anaknya di majlis persandingnya sendiri.
Artikel berkaitan: Setahun Lebih Nikah, Aksi Pengantin Bancuh Makanan Anak Di Majlis Sanding Tarik Perhatian – ‘Anak Sekali Naik Pelamin’
Artikel berkaitan: Tak Sempat Buat Majlis Masa PKP, Pasangan Pengantin Bawa Anak Kembar Naik Pelamin Tarik Perhatian
Urus anak di majlis sanding
Menerusi video viral yang dimuat naik oleh seorang wanita di TikTok dikenali sebagai Syarifah97, video tersebut memaparkan seorang wanita yang lengkap berbusana pengantin sedang menguruskan anaknya di hadapan pelamin ketika majlis sedang berlangsung.
Difahamkan, pasangan pengantin tersebut telah melangsungkan pernikahannya dua tahun lepas ketika Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP) yang lalu. Walaupun sudah menimang seorang cahaya mata yang berusia lapan bulan, namun majlis persandingan mereka tetap diteruskan.
Bila mumy daddy dia bersanding selepas 2 tahun nikah dan dah dapat baby PKP 1.0 punya hal. Betul-betul anak datang majlis mak bapak ya
Menurutnya lagi, rezeki dapat menimang cahaya mata awal ketika PKP menyebabkan anaknya itu dapat turut serta bersanding sekali bersama kedua-dua ibu bapanya.
Rezeki baby PKP dapat hadir mak ayah kahwin. Kelakar kalau nak cerita balik kat dia (si anak) bila dah besar nanti
Video yang berdurasi selama 21 saat itu meraih lebih 43 ribu tontonan dan mendapat lebih 2 ribu tanda suka di TikTok.
Video penuh:
@syafirahsofiah Kawen dah 2 tahun umur anak dah nak 8 bulan , mak bapak baru sanding ? #fyp ? Oh No – Kreepa
Tak pening nak jawab soalan anak nanti
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat di masa akan datang pasangan pengantin tersebut tidak ada masalah untuk menjawab soalan daripada anaknya itu. Malah ada juga di antara mereka turut berkongsi pengalaman yang sama.
Sumber: Syarifah97