Personaliti media sosial, Dahlia Rizal sering dihujani dengan pertanyaan daripada warganet tentang bagaimana dia menunaikan solat selepas mengenakan solekan yang tebal.
Artikel Berkaitan: Bapa Ucap Alhamdulillah, Dahlia Rizal Didakwa Hamil Anak Sulung? Ini Penjelasan Tuan Badan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dahlia Rizal Pilih Gaya Muslimah Selepas Kahwin, Selesa Gayakan Jubah Setiap Hari– ‘Saya Makin Baik Sebab Imran Selalu Ada’
Hanya tanggalkan solekan
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, kelihatan Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal sedang menanggalkan solekan.
Sedar tanggungjawab sebagai seorang Muslim, pempengaruh berusia 23 tahun itu tampil menjelaskan bahawa dia akan menanggalkan solekan terlebih dahulu sebelum menunaikan rukun Islam yang kedua itu.
‘Remove’ sahaja dik, lepas itu solat. Nak pakai balik tu belakang cerita.
Terus terang, bagi saya, solat bukanlah satu pilihan. Saya tak tahu mengapa mereka yang bertanya, tak terfikir ke ‘make up remover’ itu ada dan kita boleh tanggalkan kemudian bersolek semula selepas selesai solat.
Jadi untuk menjawab soalan yang pernah tanya ini, ya, saya tanggalkan solekan di surau dan kadang-kadang rajin pakai balik dan kadang-kadang tidak.
Dalam pada itu, Dahlia turut berkongsi antara barang-barang penting yang akan dibawa bersama apabila keluar rumah.
Ini adalah barang-barang yang saya akan bawa bila keluar iaitu pantyliner, makeup wipes, cleansing oil remover, telekung, beg solek, pencuci muka, bekas kanta lekap dan cecairnya.
Isteri kepada pempengaruh Imran Aqil itu juga berharap penjelasan itu dapat memberi inspirasi kepada semua gadis di luar sana supaya mengutamakan perintah Allah SWT.
Itu sahaja! Saya nak beri inspirasi kepada semua perempuan di luar sana bahawa tak berbaloi meninggalkan solat semata-mata untuk kekalkan solekan. Awak kena tahu yang mana satu kepentingan awak.
Sumber: IG Dahlia Rizal