Pelakon versatil, Datuk Rosyam Nor merupakan antara selebriti yang tidak pernah terpalit dengan kontroversi melibatkan rumah tangga dan keluarga.
Artikel Berkaitan: Rosyam Nor Selesa Simpan Hal Peribadi – ‘Saya Bukan Kepunyaan Keluarga Saja, Tapi Kepunyaan Peminat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Guru Rosyam Nor Hadir Malam Gala Filem – ‘Dia Pernah Marah, Kalau Tak Suka Belajar Jadi Pelakon’
Sekadar kawan
@dj_nazz Jemput Tonton yang penuh #kerusidjnazz bersama Datuk @Rosyam Nor …. #begitubeginidjnazz #begitubegini #djnazz #kerusidjnazz #pasangbadan #roshamnor #nashaaziz
Menerusi temu bual bersama penyampai radio DJ Nazz, pemilik nama Mohamed Noor Shamsuddin itu mengimbas kembali momen ketika bekerjasama dengan aktres, Nasha Aziz menerusi sebuah filem.
Menurut Rosyam, Nasha banyak membantunya dari segi pemilihan pakaian yang sesuai untuk menjayakan watak bagi filem tersebut.
Masa kami buat filem itu, kami tak ada wardrobe specific yang dijaga. Nasha kata, ‘tak apa, awak ajar saya berlakon, pakaian awak saya siapkan.’
Dia kan model, dia tahu pasal fesyen. Aku bodoh, anak setinggan mana tahu pasal fesyen.
Selepas itu dia suruh aku beli baju dan dia tolong siapkan pakaian untuk setiap babak.
Bagaimanapun, pelakon filem Memoir Seorang Guru itu berkata, dia sama sekali tidak pernah menyimpan perasaan terhadap aktres jelita tersebut dan menghormati isterinya.
Aku jatuh cinta dengan dia, dalam filem kena jatuh cinta. Luar filem, aku kawan dengan dia.
Bini aku lawa, kau tak kenal bini aku. Bini aku lagi lawa dari Nasha Aziz.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi jawapan yang diberikan oleh aktor berusia 57 tahun itu kerana mencintai isterinya sepenuh hati meskipun bergandingan dengan seorang pelakon yang anggun.
Mesti bangga isteri dia dengar ni, terus sayang 10000%.
Bagus datuk, memang dari dulu tak pernah ada gosip. Sayang betul dia dengan isteri.
Isteri datuk memang cantik, pernah jumpa. Tapi mesti ada perkara lain yang buat suami sayang pada isteri.
Untuk info, Rosyam mendirikan rumah tangga bersama Datin Runika Mohd Yusof pada tahun 1989, dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Sumber: TikTok Dj Nazz