berita

[VIDEO] ‘Dalam Kelas Make Up Aku, Ko Jangan Banyak Cakap’ – Jurusolek Sifatkan Inspektor Sheila Kawan Yang Baik

July 1st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama Inspektor Sheila mula dikenali ramai apabila videonya memarahi anggota bawahan dan orang awam viral di media sosial.

Artikel berkaitan: Pegawai Polis Wanita Hina Anggota Lain Ditahan, Dikenakan Tatatertib & Jalani Pemeriksaan Mental

Terbaru di Tiktok, wanita tersebut dilihat menghadiri kelas solekan bersama jurusolek terkenal, Nurul Shukor. Lebih mencuri tumpuan, karakter Sheila ketika menghadiri kelas tersebut dikatakan sangat berbeza jika dibandingkan dengan video viral sebelum ini.

Sangat mesra

Menerusi rakaman video berdurasi 0:20 saat itu, Sheila kelihatan sangat mesra dan pandai bergurau dengan semua orang yang berada di dalam kelas tersebut. Menurut Nurul, Sheila seorang rakan yang baik dan peramah orangnya.

Walaupun mereka berdua baru mengenali antara satu sama lain, Nurul memberitahu dia sangat menyenangi wanita itu. Tambah Nurul, dia berharap segala urusan Sheila dipermudahkan.

Jangan bersangka buruk. Kalau polis dia boss, dalam kelas make up aku, kau jangan banyak cakap, akulah boss. Anyway Inspector Sheila ni very nice friend. Walau baru mengenali, babah sangat menyenangi beliau! Babah doakan semoga dipermudahkan segala urusannya. Kita perlukan orang seperti beliau dalam angkatan polis kita.

Video

@nurulshukorofficial

Jgn bersangka buruk…. Kalo polis dia Boss , dalam kelas make up aku, ko jgn byk ckp, akulah boss …. !!! Anyway Inspector Sheila ni very nice friend…..walau baru mengenali, babah sgt menyenangi beliau!! Babah doakan Semoga dipermudahkan segala urusannya….. kita perlukan org seperti beliau dlam angkatan polis kita .. classbeautyinfluencerfarmasi… Nak join class make up bersama Nurul Shukor pls DM me…. #farmasicosmetics

? original sound – Nurul Shukor – Nurul Shukor

Terdahulu, Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam. Bukan itu sahaja, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengumumkan perintah tahan kerja terhadapnya.

Sumber: TikTok

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×