berita

[VIDEO] Demi Zuriat, Wanita Kongsi Kisah Hilang Gigi Setiap Kali Hamil

August 25th, 2020 | by Epul
Kesihatan & Hidup Aktif

Memiliki cahaya mata pastinya menjadi impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Zuriat dianggap sebagai pelengkap dan penyeri bagi kehidupan berkeluarga. Momen ketika mengandung dan melihat anak membesar pastinya menjadi kunci kebahagian bagi setiap pasangan.

Namun begitu, tak semua proses kehamilan itu indah. Ada yang mengalami morning sickness yang teruk, tak mampu berjalan atau berdiri untuk tempoh yang lama dan ada juga yang tak mampu melakukan sebarang aktiviti berat. Semua ini harus dilalui oleh seorang insan bergelar ibu bagi melahirkan zuriat ke dunia. 

Setiap kali mengandung setiap kali sakit gigi – Kak Shida

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya

Setiap wanita yang mengandung pastinya mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Sama seperti Kak Shida, dia berkesempatan berkongsi bagaimana setiap kali mengandung dia pasti akan merasa sakit gigi sehingga giginya terpaksa dicabut.

Bayangkan seawal usia 35 tahun, dia telah kehilangan kesemua giginya yang terpaksa dicabut 2 batang pada setiap kehamilan. Tambahnya lagi, walaupun sakit gigi merupakan satu cabaran, tapi demi zuriat dia sanggup menanggung kesakitan tersebut.

Rasa rendah diri bila tiada gigi

Kehilangan gigi menyebabkan Kak Shida hilang keyakinan dan merasa rendah diri untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Ini kerana dia sukar untuk bercakap, malah mengunyah makanan turut menjadi cabaran buat dirinya.

Susah nak makan, susah nak cakap dengan orang. Kita malu.

Kebahagiaan saya, adalah kebahagiaan anak-anak.

Kak Shida berjaya mengatasi rasa rendah diri apabila dia menggunakan gigi palsu. Dengan gigi palsu, dia kini mampu berbual dan tersenyum dengan lebih yakin serta mengunyah makanan dengan lebih mudah.

Ini semestinya memberikan kebahagiaan kepada anak-anak termasuklah dirinya sendiri. Baginya melihat kebahagian pada wajah anak-anak memberikan dia dua kali lebih kebahagiaan.

Oleh sebab itu, Kak Shida menjadikan pelekat dan pembersih Polident sebagai teman gigi palsunya. Dengan Polident, dia kini dapat mencipta lebih banyak memori indah bersama anak-anak.

Ukirkan senyuman dengan Polident. Kisah Sebenar, Senyuman Sebenar.

Disebalik senyuman pada wajah, pasti ada saja kisah disebaliknya. Jangan jadikan kehilangan gigi sebagai alasan untuk korang hilang keyakinan diri. Gigi palsu semestinya satu alternatif terbaik bagi memastikan korang sentiasa tampil lebih yakin dan tak perlu risau untuk menikmati apa jua hidangan.

Jika korang atau ibu bapa menggunakan gigi palsu, berikan yang terbaik untuk perlindungan dan penjagaan gigi palsu dengan Pelekat Polident dan Pembersih Polident.

Kalau korang nak tahu, gigi palsu adalah sepuluh kali lebih lembut berbanding gigi sebenar. Jadi, dengan Pelekat Polident ia memberikan 38% lebih kekuatan gigitan* dan membantu mengelakkan cebisan makanan tersangkut diantara gigi palsu dan gusi. 

 *berbanding tanpa pelekat selepas satu jam penggunaan

Dengan ketahanan pelekat sehingga 12 jam, pastinya memberikan rasa yang lebih selesa dan menjadikan pemakainya lebih berkeyakinan untuk melemparkan senyuman dan menikmati kehidupan seharian.

Bagi penjagaan gigi palsu pula, elakkan memberus gigi palsu dengan ubat gigi biasa kerana ia boleh mengakibatkan kesan calar dan kerosakan pada gigi serta menjadi punca pengumpulan plak dan bakteria. Ini akan menyebakan ketidakselesaan dan menjadi punca masalah kebersihan mulut.

Tapi korang jangan risau, guna saja Pembersih Polident. Ia diformulasikan khas untuk membersihkan gigi palsu dengan menghilangkan kotoran dan plak yang sukar* serta membunuh 99.99% bakteria penyebab bau busuk**.

Pembersih Polident juga membunuh 10 kali lebih banyak kuman berbanding ubat gigi biasa^ untuk gigi palsu yang lebih bersih dan segar. 

 *Apabila digunakan seperti yang diarahkan
 **Dalam ujian makmal
 ^Rendam dalam air sahaja, dalam ujian makmal

Kami tahu bukan mudah untuk membiasakan diri menggunakan gigi palsu. Oleh itu, pastikan korang menggunakan Pelekat Polident dan Pembersih Polident untuk membantu melekatkan dan membersihkan gigi palsu supaya korang tampil lebih yakin.

Kalau ayah dan mak korang pakai gigi palsu, jangan lupa belikan untuk mereka sekali. Jom dapatkan produk Polident di Shopee dan ukirkan lebih banyak kenangan dengan senyuman bersama yang tersayang.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×