Pengacara hebat negara, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi kisah dukanya beberapa tahun sebelum dirinya berjaya merangkul trofi Pengacara TV Lelaki Terbaik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) satu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Maafkan Aku Ahmad Kalau Aku Bukan Kawan Yang Sempurna’ – Pak Nil
‘Dia cakap…’
Menerusi segmen Pagi On Point Kool 101, Aznil yang mesra disapa Pak Nil mendedahkan dia pernah diperlekeh oleh seorang pengacara yang memenangi anugerah tersebut sebelumnya.
Sebenarnya inilah pembangkit semangat untuk Pak Nil. Sebenarnya untuk ABPBH kategori Pengacara TV Lelaki Terbaik, Pak Nil dah dicalonkan beberapa kali tapi tak pernah menang (ketika itu).
Asyik tercalon, tercalon, tercalon dan tercalon.
Yang paling buat Pak Nil sebak ketika itu ialah, apabila dah habis acara Pak Nil duduk di kerusi penonton dan yang menang ni dia boleh datang ke Pak Nil.
Dengan trofi yang masih ada di tangan, dia boleh cakap apa tau dengan Pak Nil, ‘Kesian tengok kau kan, setiap tahun jadi tukang tepuk’.
Kata-kata yang dikeluarkan oleh individu tersebut ternyata membuatkan Aznil terasa hati sehingga berasa malu untuk berdepan dengan para peminatnya.
Pak Nil nak nangis masa itu sampaikan Pak Nil terduduk dan tak tahu nak pergi mana.
Nak tengok peminat pun malu sebab kalau dia (pemenang) boleh cakap macam itu, sudah tentu peminat pun boleh cakap benda yang sama.
Itu satu penghinaan yang besar buat Pak Nil.
Walau bagaimanapun, setelah beberapa tahun ‘membalas’ penghinaan tersebut dengan doa, akhirnya Pak Nil berjaya merangkul trofi tersebut buat pertama kali pada tahun 2003.
Video
@kool101my “Trofi yang masih ada di tangan dia boleh cakap dekat PakNil, kesian tengok kau kan tiap tahun jadi tukang tepuk.” ? Tergamak nya dia cakap macam tu kat PakNil. Dah macam jatuh menghina pula. ? Lihat lah PakNil yang sekarang. Seorang yang ramai orang admire, rescpect dan diidolakan ramai orang. ???? Macam PakNil cakap kehidupan ini seperti roda kadang di atas kadang di bawah. Suatu benda yang terjadi kepada kita itu ada hikmahnya dan mungkin ia boleh menjadi asbab untuk membangunkan kita semula. ?? Catch Up Pagi On Point di aplikasi Audio+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! ? #Kool101 #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint ? ?? Emotional Piano Background – SoundRoseStudio
Sumber: TikTok Kool 101