Detik hitam telah menimpa dua beradik apabila kereta yang dinaiki mereka terhumban ke dalam parit. Pihak polis trafik yang berada di sekitar tempat kejadian berusaha menyelamatkan dua orang beradik ini dari terperangkap di dalam kereta tersebut.
Namun, apa yang menyedihkan salah seorang daripada mangsa tidak dapat diselamatkan. Menerusi Berita Harian, kejadian berlaku di Jalan Bukit Pasir Tongkang Pecah, Batu Pahat ini berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa terbabas sebelum terbalik.
Kereta terbalik dalam air
Video kedua. Kakak selamat, adik meninggal dunia tak dapat diselamatkan. pic.twitter.com/IDbMgQCUaw
— ??? SiD²³ ??? (@Tsgxy_) January 31, 2020
Menerusi perkongsian video dari Twitter Tsgxy, beberapa anggota polis trafik dan orang awam bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Detik-detik mangsa dikeluarkan dari kereta tersebut turut dirakam.
Anggota polis trafik hulur bantuan
Anggota polis trafik yang berada di lokasi kejadian berjaya menyelamatkan salah seorang mangsa. Oleh kerana kereta telah dipenuhi air, seorang lagi mangsa berjaya dikeluarkan selang beberapa minit selepas itu. Orang ramai turut menghulurkan bantuan penafasan CPR kepada salah seorang mangsa kejadian.
Seorang mangsa tak dapat diselamatkan
Terdapat seorang mangsa perempuan dewasa berusia anggaran 30-an disahkan meninggal dunia.
Manakala seorang lagi anggota keluarganya berjaya diselamatkan.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, tiga jentera bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan.
Komander Operasinya, Ishak Ibrahim turut menyatakan bahawa kedua-dua mangsa merupakan adik-beradik dan dipercayai menghala ke bandar Batu Pahat dari arah Tongkang Pechah sebelum kemalangan berlaku.
Sumber: Berita Harian, Tsgxy