berita

[VIDEO] Detik Cemas Sebelum Muhammad Adib Dibawa Ke Hospital

November 28th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman telah menyebabkan seorang anggota bomba menjadi mangsa. Mangsa, Muhammad Adib terlantar di ICU Pusat Perubatan Subang Jaya sebelum dihantar ke Institut Jantung Negara dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Artikel berkaitan: ‘Muhammad Adib Bukan Dipukul, Malah…’ Setiausaha Badan Kuil

Menerusi satu video dimuatnaik pengguna Facebook, Arvind Raj, menyaksikan kekecohan beberapa orang berbangsa India dipercayai menyelamatkan anggota bomba itu. Mereka dilihat tergesa-gesa mencari kenderaan untuk menghantar mangsa ke hospital.

Saat menyelamatkan Muhammad Adib

https://www.facebook.com/arvind.raj.758/videos/10215813122093892/

Video berdurasi 1:13 ini menyaksikan saat Muhammad Adib dipercayai sedang diangkat beberapa orang berbangsa India dan dilihat tergesa-gesa mencari kenderaan untuk membawa anggota bomba itu ke hospital.

Menerusi video ini, mangsa diusung beberapa orang ke dalam sebuah kenderaan Hilux sebelum dibawanya ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Tolong cari kenderaan… tolong bawa dia! Tolong tepi, tepi..tolong bagi laluan. Ini anggota bomba, angkat dia. Cari kereta! Kami nak tolong ni. Ini anggota bomba Melayu… kami tolong sahaja! Tak ada apa, abang rileks,  abang tenang ya. Siapa ada kereta?! Tolong berhentikan HILUX itu. Tolong berhentikan kereta itu! Abang boleh tolong bawa dia ke hospital?

Anggota bomba yang menjadi mangsa serangan perusuh di tapak kuil Sri Mariamman Seafields, dekat sini kini berada dalam keadaan kritikal dengan diletakkan sistem pernafasan sokongan di Pusat Perubatan Subang Jaya dan baru saja dihantar ke Institut Jantung Negara, pagi tadi.

Sumber: Arvind Raj, Astro Awani

SKIP THIS AD ×