berita

[VIDEO] Detik Cemas Wartawan, Pengantin Kena Tempias Letupan Beirut

August 5th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Sebuah letupan besar yang berlaku di Beirut, Lubnan telah memusnahkan keseluruhan kawasan pelabuhan tersebut. Letupan setinggi 4.5 skala richer itu telah menyebabkan kerajaan negara itu mengisytiharkan darurat.

Artikel berkaitan: Lebih 70 Orang Terkorban Dalam Letupan, Lubnan Isytihar Darurat

Susulan tragedi itu, seorang wartawan BBC turut terkena tempias apabila kamera yang digunakan terjatuh sekaligus merakam runtuhan dan serpihan kaca yang jatuh.

Baru mula perbualan

Ketika kejadian, wartawan yang dikenali sebagai Maryem Taoumi itu sedang menjalani temubual secara langsung bersama seorang pengurus projek Agensi Tenaga Lestari Maghribi, Faisal Al-Aseel.

Detik kejadian yang berlaku dikongsikan oleh BNO News melalui laman Twitter rasmi mereka . Dalam video berdurasi 0:50 saat itu, kelihatan letupan tersebut berlaku selepas mereka baru sahaja memulakan perbualan.

Pengantin juga terkena

Selain itu, satu video berdurasi 0:19 saat dikongsikan melalui laman Twitter RaShalhoub memaparkan pasangan pengantin yang sedang bergambar turut terkena tempias letupan yang berlaku.

Pada awalnya keadaan tenang itu bertukar menjadi kelam-kabut dan dapat dilihat dengan jelas orang yang berada di sekeliling berlari menyelamatkan diri masing-masing. Video tersebut juga ditonton oleh jutaan pengguna Twitter dan dikongsikan semula.

Sumber : BNO News , RaShalhoub

 

SKIP THIS AD ×