Seorang pengguna media sosial menjadikan buku autobiografi yang diterbikan penyanyi Siti Nordiana berjudul Life Goes On sebagai motivasi hidupnya setiap kali berasa putus asa.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Ada Hati Dekat Saya, Saya Balas Cinta Dia’ – Siti Nordiana Dedah Pernah ‘Couple’ Dengan Arwah Achik Spin
Artikel Berkaitan: Siti Nordiana Kongsi Momen Akhir Arwah Bekas Suami Bersama Anak – ‘Malam Sebelum Meninggal Dia Teringin Sangat…’
Buku Nana jadi motivasi
Menerusi perkongsian di TikTok, individu itu memuji sikap Siti Nordiana atau mesra dengan sapaan Nana dalam mengharungi ujian hidup biarpun pernah terdetik untuk berhenti dari dunia seni suatu ketika dahulu.
Dalam perkongsian sama, individu tersebut turut merangkumkan kisah perjalanan hidup Nana dalam buku berkenaan.
Kalau saya tengah down atau sedih memang akan baca balik buku Siti Nordiana (Life Goes On).
Buku ini yang menceritakan seorang yang dah putus asa nak menyanyi, jadi suri rumah sepenuh masa dan mengharap 100 peratus pada suami.
Dia bercerai dan akhirnya bangkit mencari rezeki sendiri, membesarkan satu-satunya anak.
Dia meniaga tudung di flat, kehilangan dua lelaki yang paling rapat sehingga dipanggil perempuan sial.
Buku ini motivasi terbaik untuk semua wanita di luar sana.
Difahamkan, Life Goes On diterbitkan pada tahun 2018 dan buku itu memperincikan kisah jatuh bangun Nana dalam industri hiburan tanah air serta kehidupan peribadinya sendiri termasuk perjalan hidupnya sebagai ibu tunggal kepada seorang anak.
Buku itu juga pernah memenangi Buku Umum Terbaik bagi kategori Autobiografi di Anugerah Buku Negara 2019.
Video
@sis_sashasha life goes on by Siti Nordiana #sitinordiana #gvallstar #babyonemoretime #lifegoeson #achik #achikspin #faizalyusup ? original sound – ? JiWa_DaLaM_LaGu ?
Sumber: TikTok