berita

Tular Salah Lirik Lagu Ketipak Ketipung Raya, Azhar Sulaiman ‘Dedah’ Leona Ada Penyakit Keturunan – ‘Kami Kena Makan Ubat’

April 17th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Baru-baru ini tular video anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang salah menyanyikan lirik lagu Ketipak Ketipung Raya dan pelat berbahasa Melayu.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Azhar Sulaiman Berlakon Jadi Penagih Dadah – ‘Nampak Real Mat, Gian Habis Ni’

Artikel berkaitan: [VIDEO] Azhar Sulaiman Rindu Leona, Suruh Pulang Sambut Ramadan – ‘Banyak Lagi Bazar Nak Explore’

‘Leona ada penyakit keturunan’

Menerusi hantaran Azhar di Instagram, dia berseloroh memberitahu anak perempuannya itu mempunyai penyakit keturunan.

Leona jadi macam ni sebab ianya adalah sejenis penyakit keturunan.

Kami sekeluarga perlu ambil ubat dari masa ke semasa.

Harap bersabar jelah dengan karenah Crack Keluarga Behar.

Dalam pada itu, Azhar sempat menyindir Leona menjadi seperti itu gara-gara tidak pulang berhari raya untuk makan nasi dagang.

#akibattakmakannasidagangmasaraya.

Terdahulu, tular video Leona yang sukar untuk menyanyikan lirik lagu Ketipak Ketipung Raya nyanyian Aisha Retno dan Aziz Harun.

Di dalam video tersebut, Leona tertukar lirik Ketipak dengan Ketiak dan lirik Sayang dengan Bawang itu telah menjadi bahan jenaka di media sosial.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×