berita

[VIDEO] Dia Punya Muka Itu, Kita Pula Yang Rasa Masam!

May 9th, 2019 | by Azizi Rahman
Video Popular

Menerusi Twitter Joe memuat naik satu video berdurasi satu minit menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang menikmati belimbing buluh cicah garam sambil membuat ekspresi muka yang sungguh mengiurkan. Kombinasi belimbing masam dan garam yang masin membuat si kecil ini tidak mampu mengawal rasa masam masin itu.

Video ini mendapat lebih 9 ribu retweet di laman Twitter berjaya menarik perhatian netizen. Anda pasti terliur dan turut sama mengerut dahi melihat telatah kanak-kanak ini. Terus jadi macam sedap je belimbing tu! Ada bakat buat food review adik ni!

Kau yang makan, aku yang masam

Video ini mampu membuat netizen mula kecur dan meleleh air liur bila apabila melihat telatah kanak-kanak tersebut. Paling teruk ada yang turut terikut mengerut dahi seakan-akan merasai sekali apa yang kanak-kanak itu rasakan.

Kenapa aku sekali yang berkerut?

Sampai meleleh air liur budak ni

Sumber: Joe

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×