![[VIDEO] ‘Dia Stres, Keguguran Dua Kali & Syarikat Pun Dah Tutup’ – Ayunie Kongsi Keperitan Hidup Siti Jamumall](https://media.ohbulan.com/2025/05/ayunie-siti-32.jpg)

Usahawan Ayunie berkongsi tentang keadaan teman baiknya, Siti Jamumall yang diuji dengan masalah kewangan dan kesihatan mental sehingga mengalami keguguran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Sedih Siti Jamumall Diceraikan Lagi – ‘Macam-Macam Jadi Dalam Rumah Tangga Mereka, Gaduh Kasar Pun Pernah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Respon Isu Cerai Siti Jamumall & Aiman – ‘Jika Sah Lafaz Talak, Mereka Tidak Boleh Rujuk Kembali’
Keadaan Siti
@umayra119 patut la jarang nampak @sitijamumall live, kalau tak hari2 live.ada je idea utk buat live tu kadang pg sampai malam kot. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. tahniah siti akhirnya dpt juga baby girl. walau berat ujian semoga ada kemanisan utk depan hari. bagus dpt kawan mcm @ayunieso24 #sitijamumall #jamumall #cerai #aiman #sitijamumallcerai #talak
Menerusi perkongsian di TikTok, Ayunie memberitahu, Siti sering berada di dalam keadaan tertekan berikutan pelbagai masalah dihadapinya.
Ternyata masalah tersebut telah menjejaskan dirinya sehingga tidak dapat melakukan sesi siaran langsung untuk menjual produk seperti dahulu.
Dia mula jatuh semenjak dia tak ada mood untuk buat live dan dia ada sakit mental..terutama bila selalu bergaduh dan stres.
Cuba bayangkan, hari-hari bergaduh dengan abang, ada isu dengan keluarga, tak cukup tidur, hidup dengan ubat. Jadi macam mana nak berniaga?
Dekat situlah dia tak boleh nak jual produk dan dia jatuh. Ramai yang kecam dia bayar hutang.
Justeru, sebagai sahabat, Ayunie membantu Siti dengan menjual produk-produknya supaya dia dapat menampung perbelanjaan seharian.
Saya tahu masalah yang dia hadapi sebab itu saya tolong dia supaya dia boleh sara hidup. Syarikat Jamumall pun dah tutup.
Saya bantu dia dengan ambil produk-produk dan tolong jualkan supaya dia dapat bayar hutang.
Keguguran dan stres

Dalam pada itu, Ayunie berkata disebabkan keadaan yang terlalu stres, Siti mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Waktu itu dia masih okay dengan Aiman cuma dia banyak masalah, bila bergaduh dia gugur sebab terlalu depress.
Dia alami keguguran dan dalam masa yang sama syarikat dia tutup sebab ada staf yang menipu.
Aiman ada cakap, dia tak dapat bagi nafkah dekat Siti berbulan-bulan, jadi Siti sangat struggle cari kerja.
Bila dia terlalu berusaha, dia keguguran sebanyak dua kali.
Bagaimanapun, mereka tetap bersyukur apabila mengetahui Siti bakal menimang cahaya mata perempuan meskipun berdepan dengan isu perceraian dengan suaminya, Aiman Tak Kesah.
Tapi apabila kali tiga dia hamil, kami semua gembira sangat dan berharap dia dapat anak perempuan.
Bila dapat tahu dia akan dapat anak perempuan, saya terkejut dan dalam masa yang sama saya sedih sebab dia baru sahaja diceraikan dengan talak dua.
Bukan dia tak boleh buat (berniaga) tapi Allah sedang menguji dia.
Aiman dan Siti, masing-masing ada salah dan silap dan tak mampu nak lalui ujian.
Terdahulu, berlaku pertelingkahan antara Siti dan Aiman sehingga membawa kepada lafaz talak ketika sesi siaran langsung di TikTok.
Sebelum ini, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahidin mengakui berlakunya perceraian kali pertama antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.
Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.
Sumber: TikTok








