Pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schaztmann sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila tular video lamaran mereka di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Patutlah Ustaz Wadi Balik Awal’ – Netizen Kurang Senang Tengok Gelagat Ain Edruce Suruh Janna & Dini Bercium
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Wadi Pejelas Isu Hadir Majlis Resepsi Ala Barat Janna & Dini – ‘Hukum Tetap Hukum..’
Artikel Berkaitan: Netizen Buat ‘Survey’, Dedah Harga Jurusolek Thailand Janna Nick Cecah RM10,000
Lamar atas belon panas
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan mereka sedang menaiki belon panas dan Dini kemudiannya melamar Janna.
Saya akan tunjukkan kepada awak setiap hari bahawa sepanjang saya hidup, ini adalah cinta saya buat selama-lamanya, Insya-Allah.
Sudi tak awak berkahwin dengan saya sayang?
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner sebak dan menangis selepas dilamar oleh aktor tersebut namun Janna juga kelihatan keliru untuk menjawab lamaran itu.
Bagaimanapun, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu tetap menerima cincin yang disarungkan oleh Dini.
Dalam pada itu, Dini mendedahkan bahawa cincin yang diberikan adalah bukan cincin sebenar kerana risau cincin tersebut terjatuh ketika mereka berada di atas belon panas tersebut.
Saya takut nak bawa cincin yang betul, takut jatuh dari atas sini. Tapi awak pakai yang ini dulu okay?
‘Kena paksa kahwin..’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sambil berseloroh berkata pelantun lagu Gatal itu kelihatan seperti dipaksa untuk berkahwin kerana sedang berada di atas udara dan tiada pilihan lain selain bersetuju dengan lamaran Dini.
Warganet juga turut mendoakan pasangan itu dan menurut mereka Janna berhak untuk mendapatkan kebahagiaan kerana dia pernah mengalami trauma semasa ibu dan bapanya berpisah.
@rakita.my Nak tahu apa Dini promise dekat Janna Nick? Komen NAK untuk Part 2. Kredit video: @HotAirBalloonMsia #rakitamy #jannanick #dinischatzmann
Sumber: TikTok