Pelakon, Diana Danielle mendedahkan dirinya mahu bertukar arah dan memberikan sepenuh perhatian dalam bidang nyanyian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Buat Hidung, Diana Danielle Pilih Kunci Mulut – ‘Saya Juga Ada Rasa Insecure’
Kurangkan berlakon, nak fokus 100%
Ketika ditemui OhBulan!, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, mengakui fokusnya dalam bidang nyanyian akan terganggu sekiranya dia melakukan dua kerja dalam satu masa.
Justeru itu, dia memilih untuk menerima tawaran berlakon setahun sekali sahaja.
Sebenarnya kalau perasan sejak beberapa tahun yang lalu, saya hanya berlakon setahun sekali sahaja. Ini kerana, saya memang nak tukar bidang menjadi seorang penyanyi.
Kalau saya berlakon back to back, ia akan jejaskan perancangan yang telah dilakukan sebagai seorang penyanyi.
Jadi bila kita nak mulakan sesuatu yang baharu, kita kena fokus 100%.
Diana berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharunya yang berjudul ‘Bersama Dengan Rindu’ yang diadakan di Loud Speaker Family Karaoke, Datuk Jelatek Mall pada petang Jumaat.
Ikuti kelas vokal
Dalam pada itu, Diana mendedahkan bahawa untuk memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi pelbagai usaha dilakukan termasuklah mengikuti kelas vokal untuk memantapkan lagi kualiti nyanyiannya.
Saya ada masuk kelas vokal, saya tak feeling (suara sedap). Saya ada pergi kelas vokal dan belajar dengan beberapa guru termasuk cikgu Sarah Ismail.
Apa yang penting saya akan terus berjuang dan tidak berputus asa. Sebelum ini, banyak kali cuba jadi penyanyi, mungkin ini adalah masanya.
Ketika ditanya mengenai adakah penglibatan dalam dunia nyanyian ini adalah kerana tidak puas dengan kejayaan yang ada. Ibu kepada dua orang anak itu mendedahkan bahawa dirinya kini lebih mementingkan kepuasan berbanding kejayaan.
Pada saya, saya dah tak kisah tentang kejayaan tapi lebih mementingkan kepuasan.
Kalau mereka di luar sana sukakan lagu saya, sukakan bait bait lirik dalam lagu saya, itulah satu kejayaan buat saya.