berita

[VIDEO] Didakwa Dihimpit Pelumba Johor Hingga ‘Reboh Berguling’, Terengganu Terlepas Emas?

September 14th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam viral di laman sosial aksi dua pelumba basikal dari negeri Johor dan Terengganu. Di dalam dua klip tersebut, salah seorang pelumba didakwa telah menghimpit pasukan lawan sehingga terjatuh.

Video yang dimuat naik laman facebook Terengganu 11 itu sehingga kini mendapat lebih 85k tontonan.

Didakwa dihimpit lawan

Menerusi posting Facebook Terengganu 11, pelumba basikal Terengganu, Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim didakwa dihimpit ketika cuba untuk memintas pelumba basikal Johor.

Kekal juara, dikenakan penalti

https://www.instagram.com/p/Bnq29_HAabu/?hl=en

Harian Metro turut melaporkan kemenangan pasukan Johor dibantah ketua jurulatih berbasikal Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan kerana mendakwa pasukan itu menghimpit pelumba Terengganu sehingga terjatuh.

Terengganu mendahului sejak mula perlumbaan sehinggalah pelumba Johor (Shahmir Aiman) datang menghimpit dan terkena tayar menyebabkan dia terjatuh.

Sebab itu kita kalah. Jadi bantahan sudahpun dibuat 30 minit selepas tamat perlumbaan.

Sumber: Terengganu 11, Semangat_malaya , Harian Metro , Yeap Thean Eng

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×