Personaliti media sosial, Andika Putera mengaku dia dan isteri Ananda Natasha telah bercerai. Pada masa yang sama, Andika menjawab pertanyaan netizen berhubung sebuah video yang dikongsikan oleh Natasha, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Tak Salahkan Takdir Anak Alami Sumbing & Cacat Jari – ‘Kehendak Allah Kata Jadi Begitu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Berdekah Gelak Dengar Respons Nada Soffea Apabila Ajak Minta Pendapat Nak Kahwin Lain
Tak hargai pengorbanan bekas isteri?
Menurut netizen, Andika didakwa tidak pandang Natasha langsung ketika perjumpaan untuk mengambil anak. Berikutan dakwaan tersebut, Andika tampil dan memberitahu bahawa apa yang dilihat menerusi video tersebut adalah tidak benar.
Video yang Tasha muat naik semalam, beribu-ribu komen kata Andika tak pandang Tasha, tak ingat pengorbanan dia. Andika ni kejam dan sebagainya. Jadi video ni Andika perlu beri penjelasan mengenai situasi sebenar. Bukan semua orang muat naik dekat media sosial perkara sebenar. Kita selalu menilai orang kenapa?
Semalam, memang Andika jumpa Alisha. Andika ambil sebab itu giliran Andika jaga dia. Bukan setakat jumpa sahaja, Andika sempat Whatsapp Tasha baik-baik dan ajak pergi makan sekali. Andika borak dengan dia. Kami gelak sama-sama. Kami sembang pasal perkembangan diri masing-masing. Tadi pun baru telefon Tasha dan tanya ada tak video semalam saya nak muat naik. Dia kata tak rakam sebab kami sibuk borak. Tasha hanya buat video pendek selepas itu yang menunjukkan saya tak pandang dia. Walhal bukan setakat pandang, gelak, borak dan makan sekali.
Tapi ramai orang komen negatif. Andika maafkan. Andika nak semua orang jangan menilai daripada satu atau dua minit video seorang itu muat naik di media sosial. Orang itu ada 24 jam, kita tak tahu baki 23 jam mereka itu.
Video
@andikaputeraa Replying to @tutti fruity jgn main sedap menilai dan tabur fitnah sini?? harap faham
Sumber: Andika Putera