berita

[VIDEO] Dikecam Baca Bismillah Sebelum Teguk Beer, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan

March 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tular di media sosial TikTok, seorang lelaki mendapat kecaman dan menimbulkan kemarahan ramai pihak apabila dia tanpa rasa bersalah dan segan silu membaca Bismillah dan kemudian meneguk minuman keras.

Artikel Berkaitan: Teguk 3 Botol Wain Sehari, Isteri Dera Mental & Fizikal Suami Selama 20 Tahun

Artikel Berkaitan: Tegur Sebab Buat Bising, Warga Emas Maut Dirempuh Pemandu Mabuk – ‘Bapa Kena Seret Sejauh 20 Meter’

Tidak mengandungi alkohol

Gambar sekadar hiasan

Menerusi video tersebut memaparkan lelaki itu meneguk beer lager dan mencuba pula minuman stout. Namun dia menyatakan bahawa dia lebih menggemari larger berbanding stout.

Tinjauan OhBulan! mendapati bahawa video berkenaan telah dipadam daripada akaun lelaki berkenaan namun dia bersama seorang rakannya tampil memberikan penjelasan setelah teruk dikecam.

Menurut penjelasan mereka, minuman-minuman tersebut tidak mengandungi sebarang kandungan yang haram untuk diminum oleh umat Islam iaitu alkohol.

Minuman yang saya minum itu memang dinamakan beer dan stout, tetapi minuman ini sebenarnya tidak mempunyai alkohol.

Dalam pada itu, lelaki tersebut memberitahu bahawa minuman yang dijual di bar mesra muslim di Singapura itu juga dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan halal dan dia cuma mengunjungi bar itu hanya untuk menyokong perniagaan tersebut.

Saya makan di bar mesra muslim milik kawan saya di Singapura. Minuman itu adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, saya cuma mahu menyokong perniagaan anak Melayu kita.

@mnoe_daa1

Minta maaf dari pihak kami jika video yg lepas membuat semua salah faham.. Tiada niat ingin memperlekehkan agama sendiri… cuma ingin support business anak melayu kita… sekian.. Assalammualaikum… YAKOOLZUNA Singapore’s First Muslim Friendly Bar They are plant based and contains no alcohol.. 23 Arab Street

? original sound – MNoE??DAA1 – MNoE??DAA1

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×