Pian Kpop antara selebriti media sosial yang dikenali kerana video-video kelakar dalam dialek Kelantan. Baru-baru ini dia ada memuat naik video mengajar pelakon cantik Ruhainies dialek negeri itu. Ruhainies dilihat hanya mengikuti sebutan ‘nate beghuk’ yang disangka sebagai ‘saya cinta awak’.
Video tersebut viral sehingga membuatkan ramai tertanya, adakah Ruhainies betul-betul tidak tahu perkara sebenar? Ada juga yang melabel Ruhainies cantik tidak semestinya bijak kerana video berkenaan. Tak baiknya!
Betul kata Jep…
Betul kata Jep, perempuan cantik tak semestinya bijak ?pic.twitter.com/6sV2fmV9aS
— Nasir Pasir (@WanMohdNazri) January 27, 2018
Dikongsi lebih 8 ribu kali, video tersebut menerima reaksi pelbagai dari pengguna laman sosial itu. Kecaman dan hentaman netizen tidak putus-putus namun ada yang merasakan Ruhainies hanya berseloroh dan berpura-pura sahaja tidak tahu. Betul ke?
Respon netizen
Pandainya awak!
Ruhainies kemudiannya mengesahkan dia sebenarnya sedar dan tahu maksud sebenar ‘nate beghuk’ seperti disebutnya dan memuji seorang netizen yang menyedari hal itu.
Takkan beruk pun tak tahu
Tambah aktres ini lagi,dia hanya bergurau dengan Pian dan kawannya itu yang dia tidak tahu maksud perkataan itu. Namun tindakannya itu hanyalah perlian dan Pian terkena balik kerana membohonginya.
Sumber: Nur Ruhainies , Wan Mohd Nazri