berita

[Video] Dipercayai Mabuk, Aksi Merbahaya Kereta Ini Rupanya Dirakam Polis Sebelum Terlibat Kemalangan!

September 23rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini sudah banyak kita lihat kes buli di jalan raya sehingga ada yang mengakibatkan kematian. Perkara itu nampaknya tidak diambil pengajaran apabila ada sesetengah pemandu yang masih bersikap mementingkan diri sendiri memandu dengan melulu sehingga membahayakan orang lain.

Terbaru Eijarm Al-Fayerd menerusi laman Facebooknya berkongsi sepotong video pendek memaparkan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan merbahaya sehingga terlibat dalam kemalangan.

Bahayanya!

https://www.facebook.com/KingAlcatraz/videos/10221577334371310/?t=2

Video berdurasi 2:16 saat yang dikongsikan lelaki tersebut memaparkan sebuah kereta Honda City dipandu dengan laju dan tidak berhati-hati sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Bagaimanapun malang buat pemandu itu sendiri apabila tidak sampai beberapa minit dia terlibat dalam kemalangan dan terbabas ke tepi jalan selepas kereta yang dipandu itu hilang kawalan.

Siap tinggi suara

Lelaki tersebut yang juga merupakan seorang anggota polis berkata beliau cuba membantu pemandu kereta itu selepas melihat mereka terlibat dalam kemalangan namun ditengking dan dipersoalkan haknya ketika cuba meminta kad pengenalan.

Drunk and argue tak percaya I’m a police officer . Siap tinggi suara ‘ you siapa ask my ID’. Budak perempuan tu siap kata tiada hak.

Ask my ID I da bagi. Siap cakap tak percaya lagi pasal tak pakai uniform. Uniform dekat office la badigol. Obstruct my duty as police officer memang mendapat la.

Kita niat nak bantu pastu kena bahasakan pagi-pagi buta. Patutnya terbalik and terbakar rentung je tadi dia ni. Pangkat anak-anak aku je dia ni. Akhirnya mendapat la bawa balik balai naik Grab Patrol Car.

Menyusahkan orang

Rata-rata netizen yang menonton video itu mengecam pemandu tersebut yang dilihat telah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Malah mereka juga turut berharap tindakan undang-undang diambil terhadap pemandu itu lebih-lebih lagi selepas dikatakan memandu dalam keadaan mabuk.

Sumber: Facebook Eijarm Al-Fayed

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×