berita

[VIDEO] Diperli Susah Dapat Anak Sebab Terlampau ‘Berisi’, Wanita Cekal 7 Tahun Menanti

July 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya menanti kehadiran cahaya mata dengan penuh sabar. Namun, tak semua pasangan diberikan ‘rezeki’ untuk hamil sejurus selepas kahwin dan terdapat pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun dan melakukan pelbagai ‘alternatif’ sebagai solusi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] 6 Tahun Sabar Menanti Cahaya Mata, Pasangan ‘Cekal’ Sebak Bila Disahkan Mengandung

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dituduh Mandul Oleh Ibu Mentua & Hampir Bercerai, Bila Check Baru Tahu Suami Yang ‘Problem’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Pernah Beri Nafkah Sejak Kahwin & Paksa Gugurkan Kandungan, Wanita Hamil 7 Bulan Rela Bercerai

Seperti perkongsian wanita cekal dikenali sebagai Eamy menerusi satu video di laman TikTok, tampil berkongsi kisah ‘sedih’ yang berjaya meraih perhatian ramai.

Wanita cekal berdepan ujian

Foto: Tangkap layar video

Menerusi perkongsian tersebut, wanita ini menceritakan dia sudah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun namun, masih belum dikurniakan cahaya mata. Bagaimanapun, apa yang paling menyakitkan apabila dia menerima sindiran daripada seorang warga emas berkenaan fizikal tubuh badannya.

Sebelum ini, ada pakcik bawang tegur saya depan orang ramai berkaitan zuriat. Dia cakap kau ni gemuk sangat sebab tu tak ada anak. Cuba kuruskan sikit badan mesti dapat anak! Malu tak terkata sebab depan orang ramai dia tegur. Ye saya memang gemuk berat dulu 105 kilogram. Memang patut kena tegur.

Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan wanita ini nekad untuk menurunkan berat badan dan sebagai ikhtiar bagi dirinya untuk mengandung. Walaupun, beratnya sudah turun wanita ini masih tidak putus-putus menerima kritikan daripada orang ramai.

Sejak hari itu, saya nekad untuk kuruskan badan. Dari 105 kg sekarang dah 85kg dan masih berjuang untuk zuriat. Tapi bila saya kurus orang cakap saya sakit dan tak subur pulak. Sedihnya, salah ke tak ada zuriat? Siapa yang taknak anak? Kesedihan ni hanya Allah yang tahu.

Di akhir video tersebut, wanita ini positif dengan apa yang telah terjadi dan meminta orang ramai supaya tidak mempertikaikan kuasa Allah S.W.T.

Saya sendiri tak pertikaikan kenapa Allah tak bagi zuriat lagi. Saya percaya pada rezeki. Jadi kenapa orang luar pulak yang nak pertikaikan rezeki Allah.

Video penuh:

@naeamyNak nangis??#pejuanggarisduamerah #pejuanggaris2 #pejuanggarisdua #zuriatku #fyp#foryourpage #foryoupage #tiktokmalaysia? Denting – Fadhilah Intan ?

Jangan putus asa sis!

Sumber: Eamy

SKIP THIS AD ×