Pempengaruh terkenal Indonesia yang dikenali sebagai Fuji mencuri perhatian menerusi video mempromosikan koleksi Aidilfitri 2025 jenama pakaian terkenal, Hijabistahub.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisar Khaled ‘Gentleman’ Mengorat Influencer Depan Bapa, Siap Tanya Berapa Hantaran – ‘Kalau RM28,000 Ni Cukup Tak?’
Pilih selebriti kacak Malaysia
@hijabistahub Siapa pilihan terbaik Fuji? Jom saksikan ? Btw baju yang Fuji pakai Raissa Dress, akan launch esok jam 8 malam di w w w ? #HijabistaHubRaya2025 #RayaPalingEpik @Tune Talk MY ? original sound – HIJABISTAHUB
Menerusi video yang dimuat naik, Fuji atau nama sebenarnya Fujianti Utami Putri diminta membuat perbandingan dan memilih siapakah selebriti Malaysia paling kacak pilihannya.
Antara selebriti yang dipilih Fuji termasuklah Alvin Chong, Sharnaaz Ahmad, Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Aisar Khaled.
Namun apa yang mencuri perhatian ialah, Fuji kemudiannya memilih usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berbanding Aisar ketika gambar dua pempengaruh itu dibandingkan bersama.
Jutawan? Rumahnya besar sekali? Okaylah ambil Aliff Syukri.
Tak adalah saya gurau saja tapi saya pilih Aliff juga.
Aliff nak berkenalan
View this post on Instagram
Video tersebut kemudiannya meraih perhatian Aliff yang tidak menyangka menjadi pilihan Fuji berbanding Aisar.
Pilihan Fuji itu membuatkan Aliff berseloroh mahu berkenalan dengan Fuji.
Fuji pilih papa? Bukan Aisar? Ala, ‘so sweet’.
Hai Fuji, awak ini cantiklah.
Walau bagaimanapun, niat usahawan berusia 38 tahun itu ‘terbantut’ selepas tidak diizinkan dua anaknya iaitu Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra.
Abah? Abah jangan nak gatal-gatal, abah ‘stick’ ja jual jeruk dan beg.
Abah jangan nak mengada-ngada.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat Aliff dan kedua anaknya.
Komen netizen
Sumber: TikTok Hijabistahub, IG Aliff Syukri