Kewujudan makhluk halus yang hidup di sekeliling wajib dipercayai kerana ianya sebahagian dari iman. Seorang ibu merakam kejadian aneh yang dialami dia dan anaknya yang berkelakuan aneh, seolah wujud entiti lain bersama mereka.
Macam ditolak sesuatu
Member aku mintak tolong sesiapa yg bole berubat or nampak apa kt sebelah anak dia? Anak kawan aku ni dulu peramah tp lately ni jumpa dia jd pendiam n makin kurus…. since kejadian malam ni… dalam video ni dia macam kene tolak dengan something yg pasti anak dia ckap bertanduk pic.twitter.com/dbBfJiWzjA
— ??????????? (@nyctophfilia) March 15, 2020
Rakan kepada ibu kanak-kanak tersebut memuatnaik video berkenaan di Twitter dan mendapat lebih 12 ribu perkongsian setakat ini. Video tersebut merakam kanak-kanak itu yang seolah tidak senang dengan kehadiran ‘sesuatu’ ketika dia dan ibunya berbual.
Antara lain, anak itu mengadu kehadiran sesuatu bersama mereka yang membuatkan tempat mereka menjadi sempit. Apabila ditanya dengan siapa dia bercakap dan marah-marah, anak kecil itu berpaling ke arah kanannya seperti menujukan ke arah sesuatu di sebelahnya, namun hanya mereka dua beranak di situ.
Tambah menyeramkan, ada satu ketika, anak itu dilihat seperti ditolak apabila sedikit terkebelakang secara tiba-tiba. Si ibu kemudian bertanya ‘siapakah dia’ yang dimaksudkan, kemudian dijawab anaknya itu sebagai ‘yang bertanduk ni’.
Sumber: Nyctophilia