berita

[VIDEO] Dituduh Takut Mati, Ini Jawapan ‘Padu’ Dr Noor Hisham, Siap Baca Petikan Ayat Al-Quran Lagi

November 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, ketegangan perbahasan yang berlaku di Dewan Rakyat oleh seorang ahli parlimen dengan mempersoalkan kredibiliti Tan Sri Dr Noor Hisham telah menjadi bualan hangat netizen. Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bintulu dari parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Dato Seri Tiong King Sing telah mendakwa bahawa Dr Noor Hisham ‘takut mati’ kerana tidak pernah turun padang ke Sabah ketika pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: Dakwa Dr Noor Hisham Takut Mati , Kenyataan ‘Panas’ Ahli Parlimen Bintulu Bikin Dewan Rakyat Kecoh

Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Dr Noor Hisham telah tampil membidas semula dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu.

Tak timbul isu takut mati

Menerusi sidang media harian Covid-19, Dr Noor Hisham memaklumkan tidak ada timbul isu takut mati sebaliknya beliau menegaskan bahawa kematian itu akan berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Beliau kemudian membacakan sebahagian ayat 185 yang dipetik daripada surah Ali-Imran yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati” dan potongan ayat 156 surah Al-Baqarah yang bermaksud “(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

 Jadi, apa yang penting adalah kita pasangkan niat kita untuk melaksanakan tugas. Niat kita adalah untuk memutuskan rantaian Covid-19 dalam negara kita. Dan inilah tujuan utama untuk kita.

Kita boleh berselisih pendapat tetapi apa yang pasti adalah kita laksanakan tanggungjawab untuk selamatkan negara kita daripada peningkatan kes dan kadar kematian.

Telah turun padang sebelum PRN

Tidak seperti yang diperkatakan, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa dia pernah turun padang ke Sabah pada bulan Ogos yang lalu untuk memantau persiapan pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN).

Saya juga telah arahkan timbalan saya, Dr Chong (Chee Kheong) untuk turun sama. Tan Sri Jamilah (Mahmood, Penasihat Khas Kesihatan Perdana Menteri) juga turun sama dua minggi lepas untuk melihat tindakan kita dan pengurusan Covid-19.

Sementara itu, beliau mengakui bahawa pihak KKM telah membuat perancangan yang khusus terutamanya di Sabah.

Sumber: Buletin TV3

SKIP THIS AD ×