![[VIDEO] DJ Kidd Kongsi Detik Awal Perkenalan, Akui Sakit Hilang Emma Maembong – ‘Kalau Gaduh Jangan Block Pasangan’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/emma-dj-kidd-2.jpg)
Pelakon Emma Maembong berkongsi kisah di sebalik detik awal perkenalan dengan kekasihnya, DJ Kidd yang bermula secara tidak disangka-sangka.
Artikel Berkaitan: Emma Maembong & Dj Kidd Kembali Bercinta?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rasa Terkilan Bila DJ Kidd Keluarkan Kenyataan Kami Dah Berpisah’ – Emma Maembong
Awal perkenalan
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mendedahkan awal perkenalannya dengan DJ Kidd bermula di set penggambaran menerusi seorang rakan.
Lepas cerai, ada orang sampaikan salam.
Kawan dia (DJ Kidd) adalah kawan saya. Kami shooting sama-sama. Masa shooting, dia ada buat panggilan video. Saya tegur dan ajak lepak.
Sampai ke harini lepak.
Berkongsi lebih lanjut, Emma menyifatkan DJ Kidd sebagai seorang yang mudah melenting ketika awal perkenalan namun sikap itu dikatakan semakin berubah selepas hubungan mereka semakin rapat.
Tambah Emma, dia menerima banyak sokongan daripada individu yang turut menjalinkan hubungan cinta dengan pasangan yang mempunyai jurang usia yang jauh.
Dulu masa kenal, dia cepat melenting. Sekarang tak dah.
Ramai orang yang seusia saya dan yang bercinta umur jarak jauh, sokong saya.
Kita kena banyak mengalah dengan yang muda. Kita layan saja. Sekarang kita pula macam budak-budak, dia pula matang.
DJ Kidd banyak belajar

Mengulas lanjut, DJ Kidd mengakui banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang menjalinkan hubungan dengan pelakon berusia 34 tahun itu.
Menurut DJ Kidd, dia tidak lagi mengeluarkan kata-kata mengikut emosi atau menyekat nombor telefon pasangan setiap kali berlaku perselisihan sebaliknya memilih untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera.
Saya sedar kehilangan itu sangat sakit. Saya ubah semuanya untuk Emma.
Kami perbaiki. Kalau gaduh jangan keluarkan kenyataan dan block pasangan.
Sumber: TikTok @wvlrbya





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

