![[VIDEO] Drama ‘Hilang Dalam Rindu’ Makin Trending! Netizen Puji Olahan Sama Seperti Novel – ‘Ini Baru Dikatakan Adaptasi’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/hilang-dalam-rindu-3.jpg)
Drama Hilang Dalam Rindu yang kini bersiaran di TV3 kian mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton yang rata-rata teruja menantikan episod baharu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pertama Kali Bergandingan, Lakonan Rita Nadira & Aniq Suhair Pikat Hati Netizen
Artikel Berkaitan: Drama ‘Aku Bukan Ustazah’ Cipta Sejarah! Tembusi Carta Top 10 Google Trends Rancangan TV 2024
Respon yang baik
Hilang Dalam Rindu yang mula ditayangkan pada 17 Julai lalu membariskan pelakon-pelakon meningkat naik seperti Jazmy Juma, Tracie Sinidol, Qistina Rania dan Zarif Ghazzi.
Drama yang menghiasi Slot Samarinda TV3 itu merupakan adaptasi daripada novel yang merupakan karya Mia Azwari.
Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata warganet memberikan respon yang baik terhadap lakonan barisan pelakon yang memberikan sepenuh jiwa dan emosi mereka terhadap watak masing-masing.
Tak cringe, walaupun watak-watak dalam ni guna bahasa baku. Sumpah best sebab tak terlalu over.
Lagu best, hero dan heroin pun sesuai. Memang akan melekat depan tv!
Saya dah obses dengan rama ni, semuanya perfect.
Sama seperti novel



Bukan itu sahaja, warganet juga memuji pihak produksi drama yang diarahkan oleh Along Kamaludin ini kerana pengolahan jalan cerita yang sangat baik daripada karya asal.
Selain itu, pemilihan watak yang tepat juga menjadikan drama ini semakin mendapat perhatian dan trending di media sosial.
Hilang Dalam Rindu berkisarkan tentang konflik rumah tangga antara Aira Nadira (Tracie Sinidol) dan Nadim Eijaz (Jazmy Juma). Aira yang hilang ingatan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya terpaksa berdepan dengan Nadim iaitu lelaki yang tidak menunjukkan kasih sayang terhadapnya.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama penuh emosi ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam atau strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton, www.tonton.com.my.






