berita

[VIDEO] DSV Hadiahkan Bibik Al-Quran Saiz Besar – ‘Dia Terpaksa Baca Guna Handphone Walaupun Mata Tak Nampak Sangat’

March 23rd, 2024 | by Alia
Kini Trending

dsv bibik

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida menyorot perhatian warganet apabila dia menghadiahkan senaskah Al-Quran untuk pembantu rumahnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Anak Datuk Seri Vida, Tak Bermakna Kena Putih’ – Cik B

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa, Takkan Nak Lari Pula’ – Vida

Budi baik DSV

dsv bibik

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Vida menyerahkan Al-Quran bersaiz besar kepada pembantu rumahnya itu. Wanita tersebut kemudian mengucapkan rasa syukur sambil menitiskan air mata ketika menerima pemberian daripada majikannya.

Saya infakkan Al-Quran ini kepada kamu kerana Allah Taala, semoga kamu membaca selalu dan menjadi peneman kamu di kala kamu kesunyian di dunia dan di akhirat.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman dan pembantu rumahnya kemudian meluangkan masa membaca Al-Quran tersebut bersama-sama.

Difahamkan wanita itu sebelum ini terpaksa menggunakan telefon bimbitnya untuk membaca Al-Quran dan penglihatannya juga kurang jelas.

Alhamdulillah, bibik happy dapat Al-Quran.

Bibik beritahu saya dia nak mengaji tetapi Al-Quran dia tertinggal di rumah majikan lama. Terpaksa guna Al-Quran dalam telefon bimbit dia walaupun mata tak nampak sangat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa sebak melihat momen tersebut dan memuji kebaikan yang ditonjolkan oleh Vida selain mendoakan agar dia dilimpahi rezeki.

Meleleh air mata saya.

Mudah-mudahan dengan memberi satu Al-Quran, akan diganti oleh Allah dengan banyak kekayaan.

Alhamdulillah, semoga sentiasa dalam lindungan Allah. Amin.

@datoserividaofficial

Semoga Bibik selalu baca ?? #KongsiBersama #datosrivida #quputehbarulahputeh

? Ramadan (Turkish Version) – Maher Zain

Sumber: TikTok Dato Seri Vida Official

SKIP THIS AD ×