Usahawan Watie Hanifiah bersyukur apabila orang ramai sudah mula menerima kenyataan dia sebagai isteri baharu kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Kongsi Doa Soal Jodoh, Tak Sangka Shuib Tepati Kriteria Suami Idaman
Artikel Berkaitan: Shuib ‘Bedal’ Licin Mi Segera Watie Masak, Netizen Puji Nampak Sedap – ‘Share Resepi Please’
Netizen dah positif
Menurut Watie, dia menyedari sebelum bernikah dengan Shuib, namanya sering menjadi sasaran netizen sehingga ada yang melemparkan kata-kata kurang enak terhadapnya.
Walau bagaimanapun jelas Watie, komen negatif tersebut tidak memberi kesan kepada dirinya.
Saya sangat bersyukur sekarang ini sebab ramai yang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan Shuib. Sebelum ini belum kahwin mungkin orang belum kenal saya lagi kan.
Saya sudah boleh sesuaikan diri dengan kehidupan yang sekarang, lebih-lebih lagi berkahwin dengan selebriti.
Dulu orang kecam pun saya tak ambil kisah sangat, saya lebih memikirkan tentang orang di sekeliling saya termasuk penerimaan keluarga masing-masing.
Komen negatif sebelum ini tak beri kesan pun terhadap saya, sebaliknya komen positif yang saya terima selepas kahwin lagi memberi kesan. Sebab takut sekiranya akan mengecewakan mereka.
Watie berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba With Fasha Sandha anjuran produk kecantikan jenama Berryfull yang diadakan di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Berkongsi mengenai perubahan selepas bergelar isteri, Watie berkata kehidupannya kini lebih teratur dan berdisiplin.
Kehidupan selepas berkahwin lebih teratur dan berdisiplin. Sebab dah kena hantar anak-anak pergi sekolah, bangun awal pagi. Tengah hari ambil anak-anak dari sekolah.
Untuk rekod, Watie dan Shuib disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 23 Jun lalu di Putra Glass House, Putra Heights.
Sekadar info, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Video
@ohbulanofficial Alhamdulillah semuanya baik-baik aja ??#ohbulan #fyp #news ? Funny – Gold-Tiger