Penerbit dan komposer, Edry Abdul Halim berkongsi pengalaman apabila menerima layanan buruk ketika bersama anak istimewanya, Emery di sebuah restoran di ibu kota, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: KRU Kembali Demi Peminat, Pembubaran Dahulu Bukan Gimik – ‘Edry Sanggup Ulang Alik Manchester KL’
Artikel Berkaitan: Edry Abdul Halim ‘Pangkah’ The 1975 – ‘Di UK Orang Tahu Perangai Mereka Teruk’
Masyarakat tidak peka
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Edry, 48, akui segelintir masyarakat tidak peka dengan keadaan anak istimewa.
Ujarnya, golongan istimewa seperti Emery yang menghidap autism boleh bertindak di luar kawalan.
Anak saya, Emery berada di Kuala Lumpur sudah dua malam.
Kami pergi makan di ibu kota.
Apa yang saya cuba sampaikan ada segelintir masyarakat yang memberi layanan kasar tanpa peka dengan keadaan anak istimewa.
Anak autism mereka kena hidup sebegitu untuk sepanjang hidup
Apa yg mereka inginkan adalah untuk tumpang lalu sekejap dekat dunia anda yang normal itu.
Anggota trio adik beradik, KRU itu memohon agar masyarakat beri ‘ruang’ pada anak istimewa menjalani hidup seperti orang biasa.
Penjaga anak istimewa
Dalam pada itu, Edry mengingatkan masyarakat untuk tidak khuatir dengan kehadiran anak istimewa memandangkan meraka akan sentiasa berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.
Anda berhadapan dengan golongan sebegini hanya beberapa minit, tapi kami sebagai ibu bapa perlu hadap sepanjang hayat.
Jika anda berhadapan dengan golongan istimewa, anda selamat kerana ada kami sebagai penjaga.
Berikan mereka beberapa minit.
Jangan buat keadaan lebih teruk dengan beri layanan yang agresif.
Mereka tidak merbahaya.
Di akhir perkongsian, Edry yakin dunia akan lebih aman jika manusia saling bertolak ansur dalam hal sebegini.
Sumber: Instagram edryabdulhalim