berita

[VIDEO] Elfira Belanja RM10K Beli Alat Solek Dalam 1 Jam, Gila Lahh!

December 18th, 2017 | by Ai
Kini Trending

Pernahkah anda terfikir satu hari nanti, anda akan mampu membeli apa sahaja yang anda inginkan tanpa melihat pada tanda harga sekali pun? Dan apa guna membuat pilihan mana yang perlu apabila anda boleh beli kesemuanya sekali. Namun, angan-angan perlu disertakan dengan usaha kerana tanpa usaha semuanya hanyalah sia-sia.

Itulah yang terjadi kepada pelakon serta usahawan berjaya, Elfira Loy apabila dia berkongsi dia channel Youtube miliknya tentang alat solek yang dibelinya ketika shopping sakan di Los Angeles. Elfira telah berbelanja hampir RM10,000 ringgit dalam masa satu jam di kedai alat solek terkemuka dunia itu. Wah, untung betul Elfira ni kan?

Make up unboxing

‘Biarlah itu duit dia’

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen serta mendapat lebih 80,00 tontonan di Youtube. Namun begitu, masih ada segelintir netizen yang mengatakan tindakan Elfira ini sebagai membazir. Tetapi masih ada yang mempertahankan sikap Elfira berbelanja ini dan menganggap tindakannya sebagai ‘reward’ kepada diri sendiri.

Apa-apa pun biarlah Elfira nak berbelanja sebanyak mana pun yang dia mahu kerana apa yang penting dia berbelanja dengan duit usahanya sendiri. Semoga apa yang Elfira lakukan ini menjadi contoh bukan sahaja wanita tetapi semua orang diluar sana untuk bekerja dengan lebih kuat suapaya kita juga mampu memiliki apa yang kita idamkan.

Sumber: Elfira Loy

SKIP THIS AD ×