Perkongsian video berkaitan kumpulan Elite menghadirkan diri ke kelas vokal sebagai persiapan melatih suara untuk konsert sulung yang bakal menjelang September ini meraih perhatian.

Artikel Berkaitan: Elite Kembali Dengan Konsert Sulung, Rai 30 Tahun Dalam Industri Muzik

Artikel Berkaitan: KRU Jadi Fenomena, Elite & Adam AF Buat Kejutan Untuk Lebih 11,000 Penonton

Latih suara

Menerusi muat naik di TikTok, ia memaparkan sebahagian kumpulan Elite iaitu Watie Sadali, Abby Abadi dan Azza dilihat melatih suara mereka bersama jurulatih vokal, Shaffiq Erwin.

Video berdurasi empat minit itu juga menunjukkan para selebriti itu menyanyikan lagu popular Elite antaranya Trauma dan Tamparan Wanita.

Sebelum menyanyi, Shaffiq turut mengajar teknik hissing yang membantu dalam pengawalan pernafasan dan postur yang betul untuk nyanyian.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji kesungguhan Azza, Abby dan juga Watie kerana memasuki kelas untuk membetulkan vokal mereka.

Kesungguhan mereka juga membuatkan para peminat bersemangat untuk melihat mereka membuat persembahan pada September nanti.

Untuk makluman, sempena ulang tahun kumpulan wanita lagenda yang ke-30, Elite bakal mengadakan konsert yang dinamakan ‘Tamparan’ Elite Live 25 buat para peminat pada 20 September ini di Plenary Hall Kuala Lumpur.

Sumber: TikTok