Beberapa hari lalu, penyanyi cantik jelita iaitu Elizabeth Tan menerusi akaun Instagram miliknya memaklumkan akan memberi 50 peratus daripada pendapatan bulanannya sebagai inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan.
Terbaru, Elizabeth Tan atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy meluahkan rasa sedih dan simpati dengan nasib segelintir rakyat Malaysia berdepan kesempitan hidup ekoran daripada keadaan negara yang dilanda pandemik Covid-19.
‘Maaf tak dapat bantu semua’
Menerusi video pendek yang dimuat naik Lizzy di InstaStory memaparkan penyanyi ini mengalirkan air mata kerana tidak dapat menahan sebak selepas membaca kiriman mesej (DM) daripada orang ramai yang berada dalam kesusahan untuk meminta bantuannya. Namun dalam masa yang sama, penyanyi lagu Knock Knock ini memohon maaf kerana tidak mampu untuk membantu semua orang yang memerlukan. Lizzy memaklumkan terlalu ramai individu yang menghantar DM kepadanya menceritakan kesusahan yang ditanggung mereka.
Untuk masa sekarang, saya dah tolong seramai yang termampu sahaja. Maaf tak dapat bantu semua orang yang DM saya. Ramai sangat DM saya.
Saya sangat-sangat sedih baca semua mesej kesusahan yang korang sedang hadapi. Saya harap dapat tolong semua orang.
Sementara itu, Lizzy mengakui keadaan negara kini yang sedang dilanda pandemik Covid-19 merupakan saat paling sukar untuk dilalui oleh setiap rakyat Malaysia. Oleh itu dia berharap agar negara akan kembali pulih seperti sebelum ini.
Ini masa yang sukar untuk semua orang di Malaysia dan saya tak sabar nak tunggu semua ini berakhir. Saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Jaga diri dan saya sangat sayangkan kalian.
Lizzy sedih baca DM
Lizzy nak beri bantuan
View this post on Instagram
Sumber: Elizabeth Tan