Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan memaklumkan bahawa dia dan suami, Dr Siew Jim Ding menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) berikutan tuntutan kerja.
Artikel Berkaitan: ‘Badan Saya Tidak Senang Lekat’ – Elizabeth Tan Dedah Alami Keguguran Kali Kedua, Kemenangan Di FFM33 Ubat Duka
Artikel Berkaitan: Elizabeth Tan Sedih Keguguran Anak Pertama Februari Lalu – ‘Tak Tahu Bila Lagi Saya Akan Hamil’
Suami di Perak
Ketika ditemui OhBulan!, Elizabeth atau nama lengkapnya Elizabeth Tan Su Mei memberitahu sejak awal tahun ini suaminya yang juga seorang doktor pelatih telah diarahkan untuk bertugas di Tapah, Perak.
Suami saya sekarang bekerja di Tapah, jadi kami terpaksa menjalani perhubungan jarak jauh. Dalam sebulan dia akan balik atau saya yang akan pergi ke sana.
Suami baru sahaja mula bekerja di sana Januari tahun ini dan ada lagi dua tahun lagi untuk bersama semula.
Menurut selebriti berusia 32 tahun itu, perhubungan jarak jauh menyukarkan lagi usaha mereka untuk mendapatkan zuriat.
Jadi ia sebenarnya agak sukar (untuk mendapatkan zuriat) sebab dia tiba-tiba sahaja kami dipisahkan oleh jarak.
Elizabeth berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran filem Wantugo di Shah Alam pada Rabu.
Ruang rindu
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-33 itu tetap positif, malah dia dan suami menjadikan jarak jauh sebagai cara untuk lebih menghargai antara satu sama lain.
Tidaklah terlalu sukar, kami berdua menikmati jarak itu kerana ada ruang untuk kami saling merindui.
Kalau tidak kadang-kadang kita tidak begitu menghargai pasangan. Jadi sekarang setiap kali berjumpa kami akan hargai masa bersama.
Cuma perjalanan untuk mendapatkan cahaya mata agak sukar kerana kami tidak berada di dalam satu negeri.
Sekadar info, Lizzy dan suaminya Siew Jim mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Lizzy juga pernah membuat pendedahan mengalami dua kali keguguran sekitar tahun lalu.