Pelakon Ellie Suriaty berang dengan tindakan seorang pempengaruh iaitu Imran Bard berikutan video yang di muat naik di sosial media yang didakwa melampau sehingga menimbulkan fitnah terhadap dirinya.
Artikel Berkaitan: Imran Bard Dikecam Netizen, Didakwa Buat Video Normalisasi Budaya Songsang?
Artikel Berkaitan: Imran Bard Terkilan Dituduh Murtad & Liberal Isu Susukan Anak Babi– ‘Ustaz Kata Tak Dosa Sebab Bukan Sentuh Atau Makan’
Dia tak ada adab
Ketika ditemui OhBulan!, Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar mendakwa pempengaruh tersebut telah mempermainkan nama baik dan mengaitkan dirinya dengan penyalahgunaan dadah meskipun hantaran tersebut hanyalah sebuah video parodi.
Tidak berdiam diri, aktres berusia 54 tahun tersebut hari ini tampil melakukan sidang media bagi mempertahankan dirinya.
Justeru, pelakon filem Memoir Seorang Guru itu menggesa ibu bapa kepada Imran untuk tampil memohon maaf terhadapnya dalam masa terdekat.
Apabila saya diaibkan dan dilakukan dengan sengaja maka wajarlah saya meminta ibu bapa dia sendiri yang datang meminta maaf.
Bila dia tak faham adab, saya nak bercakap dengan dia sendiri untuk berbicara tentang adab.
Kalau dia bijak, secepat mungkin dia akan datang kepada saya memohon maaf.
Ellie berkata demikian di sidang media yang berlangsung di Tamu Hotel, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Maruah saya dipijak
Dalam pada itu, Ellie juga memaklumkan bahawa dia sudah membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang pada 16 Februari lalu.
Menurut Ellie, dia memberi masa seminggu kepada Imran untuk memberikan respon. Ellie juga akan mengambil tindakan lanjut dengan membuat laporan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ini perbuatan jahat, tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab.
Maruah saya dipijak-pijak, malah saya menjadi bahan ketawa netizen terutama apabila dia mengatakan saya ‘kacip’ dan ambil ‘batu’ (dadah) di dalam video tersebut.
Demi Allah saya tak reda terutama apabila ia berkait dengan rezeki yang dia terima hasil daripada video tersebut.
Lebih parah lagi, Ellie berkata, dia dan anak-anak mengalami tekanan berikutan tomahan yang diterima daripada video-video berkenaan.
Terdahulu, sekitar awal Februari lalu Imran memuat naik dua buah video parodi di laman TikTok dan didakwa dengan sengaja memperlekehkan Ellie selain mengaitkannya dengan bahan terlarang.
Untuk info sehingga kini, video tersebut meraih lebih 1.3 juta tontonan. Selain Ellie, beberapa nama artis lain turut dipetik antaranya Ajai, Wan Maimunah dan Datuk Fauziah Nawi.
@ohbulanofficial Pelakon Ellie Suriaty berang dengan tindakan seorang pempengaruh iaitu Imran Bard berikutan video yang di muat naik di sosial media yang didakwa melampau sehingga menimbulkan fitnah terhadap dirinya. #ohbulan #fyp #news #elliesuriaty #berang #imranbard #dakwaan #melampau