Sepotong video yang memaparkan gelagat pelakon dan pengacara, Elly Arifin mengusik bekas suaminya, Jiggy Masin mencuit hati netizen.
Artikel Berkaitan: Elly Arifin Ucap Tahniah Buat Jiggy & Dhabitah – ‘Kunci Rumah Tangga Adalah Kesabaran’
Artikel Berkaitan: Elly Arifin Nafi Tumpang Populariti Jiggy Masin & Dhabitah Sabri -‘Saya Pernah Berada Dalam Hidup Dia’
‘Kenapa tak jemput?’
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Elly dilihat merakam Jiggy dari jarak jauh sebelum datang mendekati pelawak itu dan kemudian mengusiknya dengan menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru.
Elly juga berseloroh adalah dengan bertanyakan kepada pelawak itu mengapa tidak mengundang dia sewaktu hari pernikahannya bersama isteri baharu, Dhabitah Sabri.
Menurut Elly, dia sebagai bekas isteri terpaksa menjawab segala pertanyaan media mengenai berita pernikahan pelawak itu.
Kenapa kau (Jiggy) tak jemput aku eh? Kau kurang ajar ye. Aku kena jawab segala tomahan-tomahan media tau.
Segala keceman netizen aku kena sebab kau. Sebab kau, kau punca. Jadi orang kata aku gatal dengan bekas suami.
Jiggy kemudian menjawab pertanyaan tersebut dalam keadaan tertawa dengan menyatakan majlis resepsi masih belum dilangsungkan.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas terhibur dengan gelagat Elly dan Jiggy dalam video tersebut.
Malah, ada juga wargamaya yang akui senang melihat mereka berdua masih berkawan baik meskipun sudah bercerai.
Terdahulu, Jiggy selamat bergelar suami kepada Dhabitah yang juga atlet terjun negara dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup pada 28 April lalu.
Untuk rekod, Elly dan Jiggy pernah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, tetapi memfailkan perceraian pada Januari 2020. Bagaimanapun, pasangan itu tidak mempunyai cahaya mata.
Video
@elly_arifin Memang dua2 skali pakej aku bagi kat telinga masing2 ? @Thisisnaqiu @Aizat Nazri #fyp #fyp? #fypdongggggggg #masukberanda ? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Sumber: TikTok