Sebelum ini, tularnya video memaparkan pelakon senior, Rosyam Nor yang berseloroh menyarankan aktor kacak, Fattah Amin untuk berkahwin dengan pengarah dan penerbit, Erma Fatima.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rosyam Nor Berseloroh ‘Suggest’ Fattah Amin Kahwin Dengan Erma Fatima – ‘Umie Aida Akan Jadi Adik Ipar Kau’
Erma Fatima beri respon
View this post on Instagram
Terbaharu, Erma tampil memberikan respon terhadap ‘cadangan’ tersebut menerusi hantaran video dimuat naik adiknya yang juga merupakan pelakon, Umie Aida menerusi Instagram (IG).
Menurut pemilik nama Fatimah Rahmad Ali, dia sudah tidak mempunyai nafsu untuk berkahwin dengan mana-mana jejaka termasuklah Fattah.
Cadangan Rosyam untuk saya bernikah dengan Fattah Amin?
Saya punya ‘selera’ untuk mengahwini mana-mana lelaki dalam dunia ini tidak kiralah ‘hot’ ke tak, dah tertutup dah nafsu.
Harap maaf, simpan ajalah niat baik kau itu, Rosyam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur mereka mendengar respon balas daripada Erma.
Komen netizen
Sumber: IG Umie Aida