Penyanyi Ernie Zakri dan Aina Abdul menunggu waktu yang sesuai untuk bekerjasama dalam penghasilan lagu duet.
Artikel Berkaitan: #AJL39: Persembahan Ernie Zakri, Aina Abdul Terima ‘Standing Ovation’ Daripada Penonton
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ernie Zakri Beri ‘Amaran’ Pada Peminat Toksik Yang Suka Melagakan Dengan Aina Abdul
Lagu duet
Menjawab tentang kolaborasi, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, akui ada berbincang untuk menghasilkan karya berduet bersama penyanyi Aina Abdul.
Bagaimanapun, kekangan masa yang menjadi penyebab mereka menangguhkan perancangn itu.
Sebenarnya kami pernah berbual hal ini menerusi mesej.
Jika rezeki dan masa mengizinkan, Insya-Allah.
Sebab kita masing-masing ada plan tersendiri.
Nantikan.
Ernie dan Aina berkata demikian ketika ditemui OhBulan!, selepas sidang media Anugerah Juara Lagu-39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.
Sekadar info, pada edisi AJL39, Ernie berjaya merangkul Anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu ‘Aura’ manakala Aina dinobatkan sebagai pemegang trofi untuk kategori Anugerah Persembahan Terbaik dengan lagunya ‘Puas Sudah’.