berita

Video: Erti Aidilfitri, Lagu Raya Pertama KRU

July 31st, 2013 | by Ai
Video Popular

997999_10151674141641878_1491713906_n

Setelah lebih kurang 21 tahun membabitkan diri dalam industri muzik tempatan, kali ini baru KRU berkesempatan menghasilkan sebuah lagu khas sempena Hari Lebaran.

Lagu yang diberi judul Erti Aidilfitri itu menampilkan Norman sebagai penulis lirik dan mendapat sentuhan Yusry untuk irama lagu berkenaan.

KRU juga telah memuat naik MV Erti Aidilfitri ke laman YouTube melalui akaun krumuzik sebagai salah satu cara mempromosikan lagu tersebut sambil menyebarkan semangat syawal kepada peminat setia mereka.

Screen Shot 2013-07-30 at 23.25.52

Jika diperhatikan sekarang ini, ramai antara kita yang sukar untuk menerima lagu raya abad baru kerana telah terbiasa dengan lagu-lagu lama seperti Dendang Perantau, Menjelang Hari Raya dan sebagainya.

Namun tak seperti lagu raya yang lain, Erti Aidilfitri berjaya mendapat tempat di hati peminat. Ini disebabkan oleh liriknya mudah diterima di samping muzik berentak ketimuran yang menyerupai lagu raya zaman dahulu.

Screen Shot 2013-07-30 at 23.29.22

Menerusi lagu Erti Aidilfitri ini, KRU dilihat cuba menyampaikan mesej berunsurkan keinsafan serta mengajak umat manusia melupakan segala persengketaan di hari yang mulia.

Jadi memandangkan Hari Raya akan tiba tak lama sahaja lagi, apa kata anda dengarkan lagu raya daripada KRU di bawah. Semoga anda terhibur!

SKIP THIS AD ×