berita

Video: EXO Jadi Serigala Jadian Dalam MV Baru?

May 31st, 2013 | by Ai
Kini Trending

EXO-exo-EC-97-91-EC-86-8C-32622812-900-563

Kumpulan K-Pop berbakat, EXO akhirnya mengeluarkan MV terbaru mereka untuk lagu berjudul ‘Wolf’ selepas agak lama membuatkan peminat tertanya-tanya dengan teaser mereka sebelum ini.

‘Wolf’ adalah salah satu lagu yang tersenarai dalam album baru mereka berjudul ‘XOXO (Kiss & Hug). Album itu khabarnya akan berada di laman muzik atas talian pada 3 Jun nanti.

Screen Shot 2013-05-31 at 12.08.30

Transformasi menjadi serigala jadian

Melalui muzik video ini, EXO dilihat ligat menari dengan rentak tarian dubstep dan hip-hop yang berkonsepkan jalan cerita dongeng serigala jadian.

MV yang berdurasi 3:53 saat itu mendapat respon yang positif dari para peminat. Kebanyakan mereka mengatakan ‘Wolf’ adalah kemunculan semula terbaik dari EXO setakat ini.

Screen Shot 2013-05-31 at 12.12.35

Screen Shot 2013-05-31 at 12.12.58

Untuk pengetahuan umum, EXO terdiri daripada 12 orang ahli dan dibahagikan kepada dua kumpulan diberi nama EXO-K dan Exo-M untuk mempromosikan muzik mereka di Korea dan China.

Berikut kami sertakan MV ‘Wolf’ dalam versi Korea dan China untuk tatapan anda semua. Harap terhibur!

Sumber: Soompi

SKIP THIS AD ×