Seperti yang diketahui ramai, pelakon jelita iaitu Eyka Farhana sudah sudah bertunang bersama pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid pada tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Eyka Farhana Sambut ‘Anniversary’ Keenam Dengan Akhyar Rashid
Sesi ‘bride to be’?
@zuhairahzahir??? fun night celebrating our girl Eyka ???? suara asli – Mega – Bunda Kk
Terbaharu, tular satu video memaparkan Eyka bersama beberapa rakan artis yang lain seperti Azira Shafinaz, Amelia Henderson, Yaya Zahir dan Mimi Lana di sebuah restoran mewah.
Menerusi video tersebut, kesemua selebriti itu sedang menari sambil melakukan ‘lip sync’ menggunakan lagu tular yang bertajuk ‘Garam Dan Madu’.
Apa yang mencuri perhatian ialah, pemilik nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dilihat mengenakan selempang ‘bride to be’ ketika melakukan ‘lip sync’ bersama rakan artis yang lain.
Komen netizen
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya beranggapan pelakon filem ‘Anak Perjanjian Syaitan 2’ itu bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Sementara itu, pelakon dan penyanyi Azira Shafinah turut berkongsi momen dirinya meraikan sesi ‘bride to be’ tersebut menerusi hantaran di Instagram Story.
Sekadar info, Eyka dan Akhyar selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat pada 4 Ogos tahun lalu.
Kisah percintaan mereka mula dihidu peminat masing-masing sejak 2020.
IG Story Azira
Sumber: TikTok Yaya Zahir, IG Story Azira Shafinaz