Pelawak, Fad Bocey dan rakan seperjuangannya Achey akan memastikan konten yang dipaparkan menerusi podcast kendalian mereka iaitu Bocey Comeback tidak akan menyentuh sensitiviti tetamu atau mencetuskan kontroversi.
Artikel Berkaitan: Fad Bocey Luah Rasa Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Kelima – ‘Nanti Kami Kongsi Gambar Baby’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey Dinasihati Bawa Tiara ‘Check Up’ Sebab Tidur Berdengkur, Ada Netizen Cakap Berkemungkinan Posisi Bantal Tinggi
Prinsip Bocey
Ketika ditemui OhBulan!, Fad atau nama lengkapnya Muhammad Fazlie Mohd Nizam berkata, kumpulan Bocey akan tetap menjaga imej baik mereka dengan tidak membincangkan tentang perkara-perkara yang boleh mengundang isu sensasi.
Saya dan Achey kami dah declare awal-awal dan kami ‘bersih’..tak pernah ada isu ataupun nak burukkan orang.
Apa pun yang berlaku di atas pentas, saya burukkan Achey..Achey burukkan saya. Begitu juga semasa ada Abam dahulu. Lawak-lawak seperti itu hanya di antara kami sahaja.
Menurut pelawak berusia 33 tahun itu, dia dan Achey akan berbincang dan merancang dengan tetamu mereka terlebih dahulu sebelum sesi temu bual di podcast bermula bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Untuk podcast yang lain, mungkin mereka ada cara mereka sendiri. Untuk kami, saya sudah bincang dengan Achey awal lagi, sesiapa pun tetamu kami..kami akan tanya dulu kepada mereka apa yang boleh ditanya dan apa yang tidak boleh. Supaya kita lebih menghormati mereka.
Nanti kalau tak rancang dari awal, takkan dia (tetamu) nak jawab dekat situ. Kalau tetamu minta soalan lain, kita akan ikut.
Sementara itu, Fad menegaskan mereka tidak akan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak meskipun podcast tersebut bersifat santai dan penuh dengan lawak jenaka.
Podcast kami sebarnya berkonsepkan podcast showcast. Kami pun tak gunakan ‘mic stand’ jadi ia akan jadi sketsa dan kami akan berjalan-jalan pergi dekat tetamu. Kami lebih santai dan relaks.
Yang paling penting jangan sentuh sensitiviti, itu yang saya tekankan.
Achey pun ada berkata, kami pun dikenali dengan perkara yang ‘clean’ dan positif.
Fad berkata demikian seusai program Muzikal Lawak Superstar 4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB baru-baru ini.
Persembahan di Singapura
Dalam perkembangan lain, Fad memaklumkan bahawa Bocey akan mengadakan persembahan di Singapura pada 30 November ini.
‘Selepas lima tahun tanpa arwah Abam, ada pihak yang berani panggil kami untuk buat persembahan di Singapura.
‘Konsepnya ada muzikal, sketsa dan mungkin akan bawakan podcast sekali.
@ohbulanofficial Podcast macam ni baru best ??#ohbulan #fyp #news #fad #bocey #podcast #clean #positif