Peletakkan jawatan jurulatih pasukan bola sepak negara iaitu Kim Pan-gon telah memberi kesan yang mendalam terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Sanggup Hilang Gaji Berpuluh Ribu, Janji Keluarga Selamat & Tak Perlu Hidup Dalam Ketakutan’ – Faisal Halim
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Video Faisal Halim Beri Duit Raya, Netizen Tak Putus Doa – ‘Semoga Sedekah Ini Menjadi Asbab Kesembuhannya’
Bangkit semula
@selangorfc SPECIAL INTERVIEW WITH FAISAL HALIM | #JusticeForFaisalHalim ??7??? Kepulangan insan yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia terutamanya peminat bola sepak negara. ? Saksikan temu ramah pertama bersama Faisal Halim selepas beliau kembali bersama skuad GergasiMerah.??? SFC MKLK MerahKuning LambangKebanggaan #JusticeForFaisalHalim
Menerusi video yang dimuat naik oleh Selangor FC di TikTok, Faisal berkata dia berasa amat sedih apabila Kim Pan-gon mengumumkan pengundurannya sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada Julai lalu.
Sudah tentu sebagai pemain saya rasa sedih. Sebab saya pernah bekerja dengan coach Kim, jadi saya tahu dia punya keikhlasan.
Walau bagaimanapun, pesanan dan motivasi yang diberikan oleh jurulatih berasal dari Korea Selatan itu akan tetap dijadikan sebagai perangsang untuknya kembali beraksi semula.
Bila saya dapat tahu dia nak tinggalkan Malaysia, saya mesej dia, ‘coach hari tu cakap dengan saya, jangan putus asa dan kembali untuk beraksi untuk pasukan Selangor atau pun kebangsaan’.
Dia kata pada saya, ‘awak akan jadi yang terbaik di masa depan jika awak buat yang terbaik untuk bangkit.’ Saya pegang kata-kata itu.
Saya nak buktikan yang saya tidak boleh dijatuhkan dengan apa-apa. Doa rakyat Malaysia di belakang saya juga banyak membantu.
Dalam pada itu, Faisal turut mengimbas kembali momen ketika Kim Pan-gon melawatnya di hospital selepas insiden simbah asid yang menimpa dirinya.
Menurut Faisal, Kim Pan-gon disifatkan sebagai seorang jurulatih yang bertanggungjawab dan komited meskipun bukan berasal dari Malaysia.
Ketika di hospital, dia ada datang melawat saya. Masuk dalam bilik saya, dia tak bercakap. Dia hanya menangis..dia sebak.
Hampir lima minit dia duduk sebelah saya, tak bercakap, hanya menangis. Itu antara momen yang buat saya tersentuh dengannya walaupun bukan bangsa atau rakyat kita tapi dia ikhlas dengan tanggungjawab dia.
Terdahulu, Kim Pan-gon menerusi satu sidang media memaklumkan peletakkan jawatannya sebagai pengendali skuad Harimau Malaya selepas dua tahun empat bulan berkhidmat.
Sekadar info, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.
Sumber: TikTok Selangor FC