Perceraian pasangan pelakon, Diana Danielle dan Farid Kamil gagal menemui kata sepakat apabila aktor itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.
Artikel Berkaitan: Farid Kamil Kecewa, Diana Danielle Tak Terima Bunga & Cincin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Danialle Tak Sempat Tempah Baju Ke FFM33, Terpaksa ‘Gali’ 5,000 Dres – ‘Saya Belek Satu Persatu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Tersenyum Manis Tiba Di Mahkamah – ‘Ini Merupakan Hari Terbaik Dalam Hidup Saya’
Rumah tangga tidak boleh diselamatkan
Ketika ditemui OhBulan!, Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, menyifatkan suaminya itu seorang yang tidak dapat menerima hakikat selain menjelaskan bahawa tiada ada apa-apa boleh dilakukan bagi menyelamatkan rumah tangga mereka.
Bagi saya, tindakan ini amat memualkan dan saya rasa dia tidak berpijak pada bumi yang nyata sebab dia berangan. Tak ada apa-apa yang nak kita selamatkan.
Bukan itu sahaja, Diana juga berpendapat Farid gagal menggunakan peluang dalam tempoh rujuk sebelum ini untuk memperbaiki hubungan mereka.
Bila dah rujuk selama setahun, bukankah itu satu peluang untuk kita berdamai dan cuba perbaiki keadaan. Tapi dia gagal berbuat demikian.
Jangan buang masa
Tegas pelakon filem Imaginur lagi, dia tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan perceraian dan meminta agar suaminya itu berhenti membuang masa.
Apa yang perlu saya buat sekarang. Terlalu banyak harapan dan bagi saya ia buang masa saya dan dia. Benda ini tak akan ke mana-mana.
Bagi saya sangat-sangat bulat hati, tidak kisah berapa lama masa yang diambil, saya nak perceraian ini berlaku.
Apa yang penting sekarang, dia patut faham ini adalah masa untuk dia lepaskan saya, tiada alasan dan tak ada percubaan. Lepaskan saya dan jangan zalimi saya.
@ohbulanofficial Replying to @TuaN SadeK SiGaRaGa Diana Danielle akan tetap hidup macam biasa dan akan tetap nekad untuk bercerai #ohbulan #dianadanielle #tekad #untuk #cerai #faridkamil #mahkamah ? original sound – OHBULAN!
Susulan gagal mendapat kata sepakat, mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac 2025 untuk sebutan semula dan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) kedua-dua belah pihak.
Pada 20 November lalu, Diana dan Farid hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur untuk pengesahan rujuk sebelum meneruskan prosiding pertama perceraian, pada Isnin (16 November)
Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.
Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.
Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.