Pelakon Fasha Sandha mendedahkan dirinya tidak mengharapkan bantuan daripada pembantu rumah untuk membasuh semua pakaian yang telah digunakan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Fasha Sandha Selamba Gayakan Baju Berharga RM19 – ‘Bila Dia Pakai Nampak Mahal’
‘Bibik bukan hamba kita’
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik video anak perempuannya, Putri Rasyha Jemyma yang membantu menguruskan pakaian di dobi.
Anak dara ibu dah besar, sembilan tahun tapi dia tak macam sembilan tahun.
Alhamdulillah tolong ibu mendobi hasil baju empat hari.
Tambah pelakon terkenal menerusi ‘Nana Tanjung’ itu, meskipun mempunyai pembantu rumah, dia tetap akan mencari masa terluang untuk mencuci dan menguruskan pakaian ahli keluarganya di dobi.
Menurut Fasha, dia mengamalkan sikap bantu-membantu bagi meringankan beban tugas pembantu rumahnya.
Ya betul, selalunya selepas pulang daripada kerja, saya terus pergi mendobi sendiri. Ya, buat sendiri dan bukan bibik buat.
Bibik tolong bersih rumah, kita tolong mendobi sebab bibik itu bukan hamba untuk kita.
Bibik adalah manusia yang dikurniakan oleh Allah, untuk meringankan beban kita.
Di akhir hantaran, kakak kepada pelakon Elisya Sandha ini berharap agar pembantu rumahnya itu dapat kekal berkhidmat buatnya sehingga bersara.
Alhamdulillah tahun keempat dah dengan pembantu rumah saya, moga kekal sampai saya bersara.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya kagum dengan sikap Fasha yang begitu merendah diri meskipun mempunyai pembantu rumah.
Komen netizen
Sumber: Instagram Fasha Sandha