Pelakon Fasha Sandha mendedahkan pernah ditegur kerana fizikalnya yang besar selepas bersalin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ummi Nazeera Dedah Pernah Kena ‘Body Shaming’ Ketika Umur 11 Tahun – ‘Mereka Panggil Saya Godzilla’
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Amalina Jasmin Dedah Pernah Kena ‘Body Shaming’ & Masalah Muka Berjerawat – ‘Saya Akan Berhabis Dalam RM200 Hingga RM300 Sebulan’
Pembakar semangat
@nona.my Rupanya Fasha Sandha pernah kena ‘body shaming’, dari situ dirinya tergerak hati amalkan diet. Fasha juga akui dirinya jenis yang mudah naik badan, malah untuk dapatkan berat badan ideal seperti hari ini mengambil masa selama tiga tahun. Namun Fasha sangat bersyukur kerana suami, Aidil menerima diri seadanya, tidak kira bentuk tubuh. Malah sokongan suami memberi keyakinan tambahan untuk Fasha kekal sihat, bukan hanya demi kecantikan tetapi juga untuk kebahagiaan dalam beribadat. Saksikan video penuh temubual eksklusif NONA bersama Fasha Sandha di saluran Youtube dan FB Majalah Nona. Nona Superwoman Award kembali untuk edisi keempat mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan wanita melalui pelbagai kategori anugerah daripada pelbagai kerjaya dan latar belakang. Nantikan Nona Superwoman Award 24, 8 Januari nanti! #majalahnona #nonasuperwomanaward2024 #nonasuperwomanaward #nonasuperwoman ? original sound – NONA
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan akui terasa dengan teguran mengenai fizikalnya.
Ujarnya, dia mengambil kata-kata tersebut sebagai pembakar semangat untuk berubah menjadi lebih baik.
Kadang-kadang sentap jugak.
Tapi bila fikir balik, saya pun tidak menjaga makan ketika itu.
Jadi saya ambil kata-kata itu sebagai cabaran untuk jadi yang lebih baik.
Suami menerima seadaanya
Berkongsi lebih lanjut, suaminya yang juga seorang pelakon, Aidil Aziz tidak pernah menegur sebarang perubahan yang berlaku pada fizikal Fasha.
Aidil tidak pernah tegur saya dah berisi. Dia terima saja.
Saya berisi ke tak, Aidil tetap cakap saya cantik.
Saya rasa dengan pujian Aidil itu pun membuatkan saya terlalu selesa dengan berbadan besar.
Dalam pada itu, Fasha sempat mengingatkan bahawa kurus bukan sahaja demi cantik namun ianya untuk memudahkan dalam kerja seharian seperti beribadah.
Sumber: TikTok nona, Instagram fashasandha